(Video) Berbahaya, Budak Lelaki Pandu Kereta Mainan Bersama Budak Perempuan Di Jalan Sesak Dirakam CCTV

Tindakan seorang budak lelaki yang memandu sebuah kereta mainan sambil membawa seorang budak perempuan di tengah-tengah jalan raya di China yang sedang sibuk berjaya dirakam kamera.

Rakaman CCTV menunjukkan pasangan kanak-kanak tersebut sedang bersiar-siar sambil memandu kereta mainan itu di jalan raya yang terletak di wilayah Hebei, kata polis tempatan.

Kanak-kanak tersebut dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan susulan daripada insiden itu selepas seorang pengguna jalan raya yang terlihat kedua-dua mereka dari arah bertentangan, bertindak untuk menghentikan mereka.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan polis, kanak-kanak itu didapati memandu kereta mainan tersebut di persimpangan jalan di daerah Zunhua pada hari Ahad lalu.

Kanak-kanak tersebut dipercayai mula bermain-main dengan kereta mainannya di kawasan perumahannya sahaja sebelum bertindak masuk ke jalan raya utama berhampiran.

Pun begitu, perjalanan mereka itu berjaya dihentikan oleh seorang wanita yang memandu di jalan raya tersebut.

Pemandu wanita itu dilihat memberhentikan keretanya sebelum melintasi jalan tersebut untuk menghentikan kenderaan kanak-kanak berkenaan.

Pegawai polis yang secara kebetulan melalui jalan tersebut juga turut menyaksikan insiden itu dan lalu bertindak memberhentikan kenderaan mereka bagi membantu kanak-kanak terbabit.

Kanak-kanak itu kemudiannya telah dijemput oleh ibu bapa mereka selepas dihubungi pihak berkuasa.

Sumber: Daily Mail

The post (Video) Berbahaya, Budak Lelaki Pandu Kereta Mainan Bersama Budak Perempuan Di Jalan Sesak Dirakam CCTV appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments