(Video) Baru Pindah Rumah, Rakaman Dipercayai Entiti ‘Jenguk’ Guru Ketika ‘Online Class’ Bikin Seram

Satu lembaga yang dipercayai menyerupai seorang kanak-kanak perempuan secara tidak dijangka muncul di belakang seorang guru ketika dia sedang menjalankan aktiviti kelas dalam talian bersama dengan murid-muridnya.

Insiden yang difahamkan berlaku di rumah guru tersebut yang terletak di Monterrey, Mexico itu telah membuatkan murid-muridnya ketakutan.

Ketika kejadian, guru berkenaan dilihat sedang bercakap-cakap bersama dengan muridnya melalui komputer ribanya. Namun secara tiba-tiba satu sosok lembaga yang kelihatan seakan perempuan dengan muka pucat dan berambut panjang telah mengintai dari bahagian belakangnya sebelum hilang untuk beberapa saat.

Tidak lama kemudian, sosok lembaga itu muncul kembali namun kali ini ia dilihat merangkak melepasi sisi rakaman kamera berkenaan.

Selepas murid-muridnya memaklumkan bahawa ada sesuatu di belakangnya, guru tersebut telah bertindak menoleh ke arah lembaga tersebut dilihat namun dia menyatakan bahawa tiada apa-apa disana.

Malahan dia turut menghalakan komputer ribanya ke arah lembaga itu dilihat untuk menunjukkan kawasan tersebut.

Guru tersebut kemudiannya menyatakan bahawa dia ada membela seekor anjing untuk menemaninya tinggal di rumah barunya itu.

Difahamkan, guru tersebut baru sahaja berpisah dengan pasangannya lalu kini tinggal berseorangan dan baru sahaja pindah masuk ke rumah berkenaan.

Sumber: Daily Star

The post (Video) Baru Pindah Rumah, Rakaman Dipercayai Entiti ‘Jenguk’ Guru Ketika ‘Online Class’ Bikin Seram appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments