(Video) Anak Kera Tak Beribu Menumpang Kasih Dengan Kucing, Buat Macam Ibu Sendiri

monyet tumpang kasih kucing

Kasih sayang tak mengenal sempadan genetik. Pasti ada antara kita yang pernah mendengar kisah unik dua haiwan berlainan spesies yang saling bersahabat, malah, kucing dan anjing pada hari ini pun sudah ada yang ‘berkawan’.

Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi kisah seekor anak kera yang menumpang kasih seekor kucing selepas kehilangan ibunya. Menurut Roslina Muhamad, kedua-dua haiwan itu bagaikan ibu dan anak. Mereka bukan sahaja tidak boleh berenggang, malah si anak kera akan menjerit-jerit jika terpisah dengan kucing berkenaan.

Kisah anak kera yang ditinggal/tercicir saya tak pasti. Abang saya (Bateriku Terengganu) yang kat Terengganu punye kera ni. Minum susu pon dalam botol. Lucu tengok gelagat dia. Menumpang kasih dengan kucing.

Sabar aje kucing tu melayan kerenah dia. Tak boleh berenggang. Kalua ditinggal, menjerit-jerit manggil.

Kredit untuk adik saya yang ambil gambar-gambar ni. Suka sangat tengok. Simpan kat sini untuk tatapan kawan-kawan. Sebab lucu gelagat deme (mereka).

Posted by Roslina Muhamad on Saturday, July 25, 2020

Posted by Roslina Muhamad on Saturday, July 25, 2020

Sumber: Roslina Muhamad (Bateriku Terengganu)

The post (Video) Anak Kera Tak Beribu Menumpang Kasih Dengan Kucing, Buat Macam Ibu Sendiri appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments