(Video) “Aku Takut Mati Tercekik Ja..,” Gelagat Cikgu ‘Berletiaq’ Dalam Kelas Buat Netizen Terhibur

Serangan wabak pandemik Covid-19 ini memberikan pengalaman dan cabaran baharu kepada seluruh masyarakat termasuklah bagi golongan pendidik. Mereka bukan sahaja ‘frontliner’ di rumah malah juga di sekolah.

Apa yang menarik perhatian ramai apabila satu video yang dikongsikan oleh seorang guru Bahasa Inggeris dan Pendidikan Jasmani, Farrah Norashikin sedang beletir sambil makan membuatkan ramai yang terhibur.

“Bukan merungut.. tapi ini cerita dan situasi sebenar dalam kelas.. Cuma aku takut kalau mati tercekik ja..”

Mungkin ini memori sempena Covid-19. Masa tu lah cikgu nak makan, masa tu juga cikgu nak tengok budak makan. Kalau tak makan tak tau masa mana nak makan bila kelas banyak. Larat nak tengok lauk budak satgi takut terlioq (terliur) pulak meleleh…

Video yang berdurasi 60 saat itu telah mendapat lebih 700 ribu tontonan dan ribuan like serta share. 

bukan merungut.. tp ini cerita dan situasi sebenar dlm kelas.. cuma aku takot kalau mati tercekik ja.. 🤪🤪🤪 mgkin ini memori sempena covid19 😌 masa tu lah cikgu nak makan, masa tu jg cikgu nk tgok budak makan.. kalau x mkn xtau masa mana nk makan bila kelas banyak.. larat nk tgok lauk budak satg takot terlioq pulak meleleh…🤤🤪🤣

Posted by Farrah Norashikin Juhari on Tuesday, July 28, 2020

Rata-rata orang meninggalkan komen positif dan terhibur dengan gelagat cikgu ini membebel.

 

 

Sumber: Farrah Norashikin Juhari

The post (Video) “Aku Takut Mati Tercekik Ja..,” Gelagat Cikgu ‘Berletiaq’ Dalam Kelas Buat Netizen Terhibur appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments