(Video) Aksi Mendebarkan Dua Harimau ‘Bertempur’ Sesama Sendiri Buat Jurufoto Ini ‘Kecut Perut’

Sekumpulan pelancong di India pasti tidak akan melupakan pengalaman ketika menyertai ekspedisi haiwan liar selepas menyaksikan sepasang harimau yang dikatakan adik beradik bergaduh sesama sendiri di hadapan mereka.

Gambar pergaduhan itu diambil di Taman Negara Ranthambore di Sawai Madhopur, Rajasthan.

Dua harimau Bengal jantan itu mula bergaduh sesama sendiri di depan seekor harimau betina, ketika jurugambar Harsha Narasimhamurthy, 28, mengambil gambar pergaduhan tersebut.

Ini adalah pertama kali untuknya dapat menyaksikan detik-detik pergaduhan tersebut. Tanpa membuang masa, dia terus mengambil gambar dan hasilnya amat menakjubkan.

Dalam video tersebut, salah satu daripada harimau itu mula mengejar harimau yang lain, mengangkat kakinya perlahan-lahan sebelum menerkamnya.

Harimau yang dikenali sebagai T57 dan T58 oleh jabatan perhutanan tersebut, mula mengaum ketika mereka berdiri menggunakan kaki bahagian belakang dan bertukar-tukar terkaman, sementara itu harimau betina pula lari menjauhkan diri daripada pergaduhan tersebut.

Menurut Daily Mail, kedua-dua harimau itu berhenti bergaduh buat seketika selepas satu daripadanya tampak seperti telah menyerah, namun bersambung bergaduh semula dan terus menghilang ketika sampai di belakang pokok.

Rakaman itu diambil pada 15 Oktober 2019, namun baru sahaja menjadi hangat baru-baru ini ketika Harsha, dari Bangalore, India, berkongsikan foto-foto tersebut.

“Saya benar-benar terkejut, gementar ketakutan, dan tidak dapat mempercayai detik-detik yang menakjubkan itu terjadi di hadapan saya.

“Setiap gambar yang diambil itu sangat istimewa buat saya kerana untuk terserempak dengan seekor harimau jantan di hutan adalah sangat sukar, tetapi terserempak dengan dua harimau jantan yang sedang bergaduh adalah suatu nasib yang sangat bertuah”, katanya.

Sumber: Daily Mail

The post (Video) Aksi Mendebarkan Dua Harimau ‘Bertempur’ Sesama Sendiri Buat Jurufoto Ini ‘Kecut Perut’ appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments