(Video) Aksi Katak Kuning Elok ‘Berkumpul’ Untuk Mengawan Dirakam, Ditonton Hampir 200,000 Kali

Sekumpulan katak kuning berjaya dirakamkan sedang melompat-lompat disekitar ladang yang banjir di India. Katak Berubah Menjadi Kuning Teran

Katak yang dipercayai sepesis Bullfrog jantan dimana saiz yang sebesar 6 sehingga 9 inci ini menukarkan warna kulit mereka dari hijau dan coklat kepada warna kuning yang terang diantara bulan Jun dan Julai iaitu semasa musim mengawan bagi spesis ini.

Video tersebut yang dikongsikan oleh seorang pengguna laman Twitter ini telah mendapat tontonan sebanyak 199,000 kali sejak ia dimuat naik.

Menurut Parveen Kaswan, katak rersebut akan berubah menjadi warna kuning semasa musim terkujuh untuk menarik perhatian katak betina. Dia juga menjelaskan walaupun katak tersebut boleh berubah warna, ianya tidak beracun dan kadang-kadang menjadi santapan orang.

Indian Bullfrog atau nama saintifiknya ‘Hoplobatrachus Tigerinus’ adalah spesis yang dikhawatirkan dimana ia tidak akan mengancam kesihatan manusia.

Ia boleh dijumpai di Afghanistan, Bangladesh, India, Myanmar, Nepal, Pakistan dan Sri Lanka. Namun, populasinya juga telah tersebar ke lokasi lain seperti Madagascar.

Spesis ini terkenal dengan selera makan yang kuat. Dimana katak ini akan makan apa sahaja yang boleh dicapai seperti burung, tikus bahkan katak yang lain.

Sumber: DailyMail Parveen Kaswan

The post (Video) Aksi Katak Kuning Elok ‘Berkumpul’ Untuk Mengawan Dirakam, Ditonton Hampir 200,000 Kali appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments