Tip Goreng Bihun Agar Elok Lembut, Rasa Sedap & Tahan Sampai Malam

 

Bihun atau mihun goreng, menu sarapan yang selalu ada. Nampak macam mudah saja nak sediakan hidangan ini tapi ramai juga yang gagal.

Bihun lembik, keras dan rasa tak sedap. Bagi yang selalu tak menjadi bila goreng bihun boleh ikut tip yang dikongsi oleh Norizbaked Shah Alam, peniaga yang menjadikan bihun goreng sebagai salah sumber jualannya.

1. Tip sebelum menggoreng

  • Saya tak pakar tapi selalu ambil tempahan goreng bihun. Biasanya kalau nak goreng bihun pagi, saya akan rendam malam guna air paip. Kalau nak masak bihun petang, saya akan rendam pagi.

  • Saya guna brand Eka. Bihun yang direndam dalam air sejuk walaupun lama tidak akan lembik.

2. Bahan untuk menumis bihun

Bahan kisar:
Bawang putih
Bawang merah
Bilis
Udang kering
Cili kering
Kisar guna chopper supaya tak berair
Udang kering atau bilis (baru ada rasa bihun)

Bahan lain:
Fish ball
Fish cake
Isi ayam -bahagian dada utk jual (untuk makan sendiri boleh guna udang sotong)
Cili sos
Garam
Gula sikit

3. Cara menggoreng

  • Tumis bahan-bahan kisar hingga garing.

  • Lepas garing letakkan cili sos dan air. Biar mendidihkn kemudian masukkan garam, gula. Sesuaikan rasa.

  • Dah cukup rasa baru letak bihun. Waktu ini kita boleh agak meehon jenis keras ke lembik. Kalau keras letak air panas lebih.

  • Kecilkan api untuk lembutkan bihun dan tak berkerak. Kacau sampai sekata.

  • Saya selalu goreng 4 bungkus, ambil masa 1 jam baru elok masak dan sebati rasa bihun sebab guna api perlahan.

  • Dah agak lembut baru letak sayur sawi (taugeh, kobis tak letak sebab akan cepat basi). Biasanya bihun yang sama goreng pagi, tahan sampai malam sebab saya masak lama.

Sumber: Norizbaked Shah Alam

Kalau teringin nak pakai chopper boleh beli di SINI

Artikel berkait:

Tip & Cara Masak Pulut Kuning Yang Hasilnya Merelit, Lemak & Tak Lembik

Tip Rebus Jagung Supaya Kekal Lembut, Tak Kecut & Masak Cantik

 

The post Tip Goreng Bihun Agar Elok Lembut, Rasa Sedap & Tahan Sampai Malam appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments