Tiada Lagi Amaran Atau Nasihat, PDRM Akan Ambil Tindakan Tegas Kepada Yang Langgar PKPP – Ismail Sabri

Dalam sidang media yang berlangsung hari ini, tiada amaran atau nasihat lagi kepada sesiapa yang ingkar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Namun, tindakan akan terus dikenakan kepada pesalah.

Perkara ini dijelaskan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Sri Ismail Sabri dalam satu sidang media perkembangan Perintah kawalan Pergerakan Pemulihan(PKPP) hari ini.

Katanya, tiada lagi amaran dan nasihat dari PDRM, tetapi mereka akan mengambil tindakan tegas kepada yang langkar perintah PKPP ini. Bukan itu sahaja, setiap SOP yang dilanggar juga akan dikenakan tindakan tegas oleh PDRM.

Susulan daripada 39 kes tangkapan daripada kelab malam dan pub walaupun ia masih belum dibenarkan beroperasi lagi. Pihak KPKT akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pusat kelab malam yang beroperasi sepanjang PKPP ini termasuklah menggantungkan lesen perniagaan mereka.

SIARAN LANGSUNG:SIDANG MEDIA OLEH YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB, MENTERI KANAN PERTAHANAN.

SIARAN LANGSUNG:SIDANG MEDIA OLEH YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB, MENTERI KANAN PERTAHANAN.

Posted by Majlis Keselamatan Negara on Monday, 20 July 2020

 

Sumber: Sidang media MKN

The post Tiada Lagi Amaran Atau Nasihat, PDRM Akan Ambil Tindakan Tegas Kepada Yang Langgar PKPP – Ismail Sabri appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments