TERKINI: Tiada Kes Tempatan, Hanya 3 Kes Baharu COVID-19 Dan 5 Kes Pulih Dilaporkan Hari Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 5 kes  telah pulih dan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 8,486 bersamaan 97.8 %.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan bahawa terdapat 3 kes baharu jangkitan Covid-19 yang telah dilaporkan dan menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 8,677 kes . Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 70 kes. Mereka telah diasingkan dan diberikan rawatan di hospital.

Sukacita dimaklumkan bahawa tiada kes penularan di dalam negara yang dilaporkan pada hari ini. Ketiga-tiga kes baharu adalah kes import  di kalangan warganegara Malaysia yang mendapat jangkitan di luar negara. Sehingga kini terdapat dua kes Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan satu kes memerlukan bantuan pernafasan.

Tambahnya lagi, tiada kes kematian dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia adalah kekal sebanyak 121 kes.

Sidang Media: Perkembangan COVID-19 Di Malaysia

Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Wednesday, July 8, 2020

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

The post TERKINI: Tiada Kes Tempatan, Hanya 3 Kes Baharu COVID-19 Dan 5 Kes Pulih Dilaporkan Hari Ini appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments