TERKINI: Sifar Kes Penularan Tempatan, 4 Kes Sembuh Dan Tiada Kes Kematian Hari Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia telah memaklumkan bahawa terdapat 4 kes sembuh ddan dibenarkan keluar wad pada hari ini, 14 Julai 2020. hal ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh meningkat kepada 8524 kes.

Perkara ini disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu sidang media perkembangan Covid-19 di Putrajaya sebentar tadi.

Selain itu, terdapat pertambahan kes positif Covid-19 sebanyak 4 kes yang melibatkan kes import iaitu 3 kes warganegara dan 1 kes bukan warganegara. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes postif adalah 8729 kes. Jumlah kes aktif adalah 83 kes. Tiada kes penularan tempatan hari ini.

KKM juga mengesahkan bahawa tiada pertambahan kes kematian setakat hari ini. Ini menjadikan jumlah kes kematian kekal kepada 122 bersamaan dengan 1.39%.

Sidang Media: Perkembangan COVID-19 Di Malaysia

Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Tuesday, July 14, 2020

Sumber: Sidang Media KKM

The post TERKINI: Sifar Kes Penularan Tempatan, 4 Kes Sembuh Dan Tiada Kes Kematian Hari Ini appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments