TERKINI : KKM Kesan 15 Kluster Baru Sejak 1 Julai, Besar Kemungkinan Berpunca Daripada Kelalaian Orang Ramai – Dr. Noor Hisham

covid-19 malaysia kkm

Putrajaya, 23 Julai – Kementerian Kesihatan mengesahkan telah mengenalpasti 15 kluster baru sejak 1 Julai lalu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, trend itu dipercayai berpunca daripada sikap orang ramai yang mula alpa dengan rekod kes yang rendah sebelum ini.

“Sejak 1 Julai 2020, KKM telah melaporkan 15 buah kluster baru. Trend kenaikan dan kewujudan kluster-kluster baru ini besar kemungkinan disebabkan kelekaan dan ketidakpatuhan orang ramai kepada arahan serta nasihat kerajaan dalam menangani wabak ini,” katanya.

Kebelakangan ini tular di media sosial individu yang sepatutnya berada di rumah berada di tempat awam. Menurut Dr Noor Hisham, lebih 24 peratus individu yang perlu menjalani kuarantin di rumah gagal mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Analisa data MySejahtera menunjukkan daripada 7 Julai hingga 20 Julai 2020, 24.8 peratus daripada jumlah individu yang berada di bawah kuarantin di rumah tidak menggunakan fungsi home asssesment tool yang berfungsi bagi individu menjalani penilaian kendiri yang perlu dilakukan setiap hari selama 14 hari kuarantin di rumah,” katanya.

Sidang Media: Perkembangan COVID-19 Di Malaysia

Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Thursday, 23 July 2020

Sumber: KKM

The post TERKINI : KKM Kesan 15 Kluster Baru Sejak 1 Julai, Besar Kemungkinan Berpunca Daripada Kelalaian Orang Ramai – Dr. Noor Hisham appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments