TERKINI COVID-19: 15 Kes Baharu, Termasuk 11 Kes Penularan Tempatan – KKM

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan terdapat 15 kes baharu jangkitan COVID-19 pada hari ini.

Angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes terkini meningkat ke 8,815 kes.

Dalam pada itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 130 kes.

Menurut ketua pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan, 11 kes melibatkan jangkitan dalam negara manakala empat (4) kes lagi daripada kes import.

Dan daripada 11 kes penularan tempatan tersebut, 10 kes daripadanya adalah melibatkan warganegara.

Manakala, tiada kematian baharu dilaporkan, angka masih kekal 123 kes.

Sidang Media: Perkembangan COVID-19 Di Malaysia

Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Tuesday, 21 July 2020

Sumber: KKM

The post TERKINI COVID-19: 15 Kes Baharu, Termasuk 11 Kes Penularan Tempatan – KKM appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments