TERKINI: Bank Akan Tawar Penjadualan Ansuran Bagi Pinjaman Sewa Beli, Permohonan Boleh Dibuat Bermula Ogos Ini

Putrajaya, 29 Julai – Pihak bank akan menawarkan penjadualan ansuran bagi pinjaman sewa beli khususnya buat mereka yang terkesan akibat COVID-19.

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, penjadualan semula itu tertakluk kepada perjanjian sewa beli pihak bank dengan peminjam.

“Bagi pinjaman sewa beli, pihak bank akan menawarkan penjadualan ansuran bersesuaian tertakluk perjanjian sewa beli. Contohnya, memanjangkan tempoh bayaran balik pada kadar ansuran bulanan yang lebih rendah.

“Langkah ini dijangka memanfaatkan 3 juta individu dan (PKS),” katanya dalam Perutusan Khas Pengumuman Lanjutan Moratorium dan Bantuan Bank Bersasar.

“Jika lebih ramai memerlukan bantuan, institusi kewangan akan memberi bantuan sewajarnya,” tambahnya.

Ujar beliau, peminjam yang layak boleh menghubungi bank masing-masing untuk membuat permohonan mulai 7 Ogos 2020 ini.

Sumber: RTM

The post TERKINI: Bank Akan Tawar Penjadualan Ansuran Bagi Pinjaman Sewa Beli, Permohonan Boleh Dibuat Bermula Ogos Ini appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments