TERKINI: Baki Individu Gagal Jalani Saringan Kedua COVID-19 Akan Ditangkap & Didakwa Di Mahkamah Mulai Hari Ini

tangkap individu langgar sop

Putrajaya, 27 Julai – Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri berkata, kerajaan akan menangkap dan mendakwa individu yang gagal menjalani ujian saringan COVID-19 kali kedua mulai hari ini.

“Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan ambil tindakan tegas dan mulai hari ini PDRM akan menangkap dan mendakwa di mahkamah 2897 individu yang masih belum tampil untuk ujian saringan kedua,” katanya.

Menurutnya, ramai daripada jumlah tersebut telah tampil untuk saringan kedua sejak Sabtu dan semalam. Pun begitu, masih ada yang gagal tampil menjalani ujian berkenaan seperti dituntut prosedur operasi standard (SOP) kuarantin di rumah.

“Baki yang belum membuat ujian kali kedua akan dicari polis hari ini,” katanya.

Katanya, individu yang menjalankan kuarantin di rumah perlu sentiasa memakai gelang khas dan tidak meninggalkan rumah. Mereka juga wajib menjalani saringan kedua COVID-19 pada hari ke-13 selepas ujian pertama dijalankan.

Sumber: RTM

The post TERKINI: Baki Individu Gagal Jalani Saringan Kedua COVID-19 Akan Ditangkap & Didakwa Di Mahkamah Mulai Hari Ini appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments