TERKINI: 8 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini Termasuk 5 Kes Jangkitan Tempatan

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 5 kes telah pulih dan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 8,617 kes bersamaan dengan 96.1% daripada jumlah keseluruhan kes.

Sehingga 30 Julai 2020 jam 12 tengahari, terdapat sebanyak 8 kes baharu yang dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 8, 964 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan telah meningkat sebanyak 223 kes dan mereka telah diasingkan dan diberikan rawatan di hospital.

“Ingin dimaklumkan, daripada 8 kes baharu yang dilaporkan hari ini, 3 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara iaitu melibatkan dua warganegara Malaysia dan seorang bukan warganegara. 3 kes import tersebut adalah melibatkan satu kes dari Kazakhstan, satu kes dari Filipina dan satu kes Pendatang Tanpa Izin. Kesemua 5 kes penularan dalam negara adalah melibatkan warganegara Malaysia,” katanya.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada kematian dilaporkan pada hari dan ini menjadikan kes kematian di Malaysia kekal sebanyak 124 kes.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

The post TERKINI: 8 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini Termasuk 5 Kes Jangkitan Tempatan appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments