TERKINI: 13 Kes Baharu Covid-19 Termasuk 5 Kes Tempatan Dan Lagi 12 Kes Pulih Dilaporkan Hari Ini

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 12 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih dibenarkan discaj dari wad adalah sebanyak 8,511 kes bersamaan 97.87%.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan bahawa terdapat 13 kes baharu yang telah dilaporkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,696 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 64 kes. Mereka telah diasingkan dan diberikan rawatan di hospital.

Ingin dimaklumkan daripada 13 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini, 8 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan 6 warganegara Malaysia dan 2 bukan warganegara iaitu pemastautin tetap. Daripada 5 kes penularan di dalam negara, 3 kes adalah di kalangan warganegara dan dua kes adalah di kalangan bukan warganegara.

Tambahnya lagi, tiada kes kematian yang dilaporkan pada hari ini sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes kematian kekal sebanyak 121 bersamaan 1.39%.

Sidang Media: Perkembangan COVID-19 Di Malaysia

Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Friday, July 10, 2020

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

The post TERKINI: 13 Kes Baharu Covid-19 Termasuk 5 Kes Tempatan Dan Lagi 12 Kes Pulih Dilaporkan Hari Ini appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments