Suami Pada Youtuber terkenal direman 3 hari

SUAMI kepada Youtuber masakan terkenal dikenakan tahanan reman tiga hari bermula hari ini oleh Mahkamah Majistret Ipoh hari ini.

Ia bagi membantu siasatan d4kwaan menceder4kan isterinya mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Senj4ta Berba4aya 1958.

Majistret Nabihah Mohd Noor membenarkan perintah reman terhadap suspek berusia 29 tahun itu.

Terdahulu lelaki itu dibawa ke mahkamah dengan menaiki van dalam keadaan bergari dan memakai baju lokap berwarna ungu pada jam 10 pagi.

Sementara itu berdasarkan sumber berkata, pasangan itu bertengkar di parkir Raja Permaisuri Bainun Hospital (HRPB) Ipoh.
Ia dipercayai selepas m4ngsa tidak menyebut nama suaminya ketika menerima satu anugerah baru-baru ini.

“Perg4duhan itu berlarutan sehingga keesokkan hari (semalam) di mana lelaki itu pergi ke hospital berkenaan untuk mencari adik isterinya.

“Ketika kejadian suspek dipercayai m4buk. Bagaimanapun tidak dapat bertemu dengan adik isterinya. Ia menyebabkan lelaki itu dipercayai memvkul isterinya.

“Pada 5.54 petang hari sama, pengawal keselamatan menerima laporan daripada seorang jururawat yang mendakwa terlihat seorang lelaki m4buk dengan memegang sabit hendak memasuki salah satu wad hospital berkenaan,” katanya.

Sumber sama berkata, suspek dipercayai mencari abang ipar isterinya susulan masalah keluarga.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz mengesahkan kejadian itu.

“Kita masih menjalankan siasatan lanjut dan kami percaya kes ini berhubung masalah keluarga,” katanya.

Sumber : hmetro

The post Suami Pada Youtuber terkenal direman 3 hari appeared first on News Viral.




Post a Comment

0 Comments