Situasi COVID-19 Kebelakangan Ini Didapati Membimbangkan – KKM

Situasi pandemik COVID-19 kebelakangan ini didapati membimbangkan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

“Situasi COVID-19 kebelakangan ini didapati membimbangkan kerana jumlah kes harian yang dilaporkan didapati terus meningkat, terutamanya kes penularan dalam negara.

“Sebelum ini jumlah kes aktif telah menurun kepada 63 kes, iaitu kes kebolehjangkitan pada 9 Julai 2020.

“Namun begitu, ia meningkat dan jumlah kes aktif kembali melebihi 100 kes pada 19 Julai 2020 dan kini mencecah 130 kes pada hari ini,” katanya dalam sidang media perkembangan COVID-19 di Putrajaya, hari ini.

Dalam pada itu, Hisham menjelaskan, kenaikan kes akhir-akhir ini menunjukan sikap sesetengah orang awam yang mula alpa dan tidak mematuhi SOP, termasuk tidak memberi perhatian terhadap kepentingan melindungi warga emas.

“KKM amat bimbang bahawa orang ramai mulai tidak memberi perhatian mengenai kepentingan melindungi warga emas daripada jangkitan COVID-19.

“Orang ramai sewajarnya mengamalkan langkah pencegahan jangkitan terutamanya memakai pelitup separuh muka, amalan kebersihan tangan yang tinggi dan penjarakan sosial yang selamat apabila berada di kalangan golongan ini,” jelasnya.

Kenyataan tersebut boleh dirujuk pada durasi ke 14.40.

Sidang Media: Perkembangan COVID-19 Di Malaysia

Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Tuesday, 21 July 2020

Sumber: KKM

The post Situasi COVID-19 Kebelakangan Ini Didapati Membimbangkan – KKM appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments