Setelah Pelajar Tingkatan 3 Meningg4l Dunia Slps Pengsan Di Sekolah,Menteri Kesihatan Tampil Jelaskan Status Covid Atau Tidak

KUALA KANGSAR – Ujian calitan terhadap ke atas pelajar tingkatan tiga yang meningg4l dunia di sebuah sekolah di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur pada Rabu lepas didapati negatif COVID-19, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

“Kita akan menunggu laporan kimia selanjutnya sebelum kita dapat mengumumkannya (punca sebenar kem4tian),” katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan Projek Klinik Kesihatan (Jenis 3) Kuala Kangsar di sini, hari ini.

Pada Rabu lepas, pelajar lelaki berusia 15 tahun itu yang memulakan hari pertama sesi persekolahan dilapor pengsan sebelum disahkan meningg4l dunia oleh doktor selepas dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz.

Media melaporkan pihak sekolah mendapati suhu badannya tidak menunjukkan demam atau tidak normal semasa disaring di pintu masuk sekolah.

Dalam pada itu, Dr Adham berkata, tiada bukti bahawa pemakaian pelitup muka menjejaskan kesihatan individu termasuk dalam kalangan pelajar.

“Ini kerana di peringkat Kementerian Kesihatan sendiri, pakar bedah sering menggunakan pelitup muka selama beberapa jam untuk membuat pembedahan dan tiada bukti yang ia menjejaskan masalah pengudaraan oksigen dan karbon dioksida,” katanya.

Menurutnya, pemakaian pelitup muka perlu bersesuaian mengikut saiz yang berpadanan dengan kanak-kanak bagi memastikan keselesaan kepada mereka semasa mengenakannya dalam mencegah penularan wabak COVID-19.

Terdahulu, Dr Adham menyaksikan penyerahan dokumen projek Klinik Kesihatan (Jenis 3) Kuala Kangsar daripada Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) yang menjalankan tugas Ketua Pengarah Kerja Raya, Zulakmal Sufian.

Klinik kesihatan yang dibina dengan reka bentuk luaran moden membabitkan kos RM28.27 juta itu berupaya menerima sehingga 500 pesakit secara purata setiap hari.

“Diharapkan dengan adanya klinik ini ia dapat menambah baik perkhidmatan asas kepada 176,000 penduduk di sekitar daerah Kuala Kangsar di samping 10 klinik kesihatan lain sedia ada,” katanya. – Bernama

Sumber : Mygazzette

The post Setelah Pelajar Tingkatan 3 Meningg4l Dunia Slps Pengsan Di Sekolah,Menteri Kesihatan Tampil Jelaskan Status Covid Atau Tidak appeared first on News Viral.




Post a Comment

0 Comments