Semua Institusi Pendidikan Swasta Berdaftar Dengan KPM Dibuka Mulai 15 Julai – Radzi Jidin

Menteri Kanan Pendidikan, YB Senator Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin, memaklumkan bahawa semua pusat tuisyen, pusat bahasa, pusat perkembangan dan sebagainya dibenarkan beroperasi semula bermula 15 Julai 2020.

Menurutnya, selepas menerima pelbagai pertanyaan berkenaan pembukaan sektor itu, beliau telah memutuskan untuk membukanya semula bermula Rabu ini.

“Semua institusi pendidikan swasta di bawah kategori pusat yang berdaftar dengan KPM boleh dibuka semula pada Rabu, 15 Julai 2020”, ujarnya.

Sumber: Bernama TV

The post Semua Institusi Pendidikan Swasta Berdaftar Dengan KPM Dibuka Mulai 15 Julai – Radzi Jidin appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments