‘Saya Tak Blh Jadi Isteri Yang Baik’ – Sharifah Sakinah Sah Bercer4i

Pelakon Sharifah Sakinah menerusi laporan BH Online mengakui rumah tangga bersama suaminya iaitu Aliff Adha retak sejak Mac lalu. Dia juga mengatakan sudah tidak tinggal sebumbung lagi.

Berpisah dengan baik

Keputusan perpisahan itu dibuat secara baik antara mereka berdua. Kata sepakat itu juga mengambil kira anak mereka iaitu Anais Adha.

Kami berpisah secara rasmi pada Mei lalu. Tapi kami berpisah dengan baik. Keputusan ini juga perlu mengambil kira anak kami, Anais Adha yang berusia tiga tahun.

Saya sedar kekurangan diri

Terdahulu, tersebar dakwaan Aliff menggunakan aplikasi untuk bersosial di internet secara terbuka. Secara tidak langsung telah mencetuskan spekulasi dalam hubungan mereka.

Sharifah Sakinah juga menafikan keretakan rumah tangga mereka disebabkan oleh orang ketiga.

Saya tidak boleh jadi isteri yang baik. Saya sedar kekurangan diri. Soal dia nak guna aplikasi ‘dating’ itu haknya.

Suka hati dialah nak buat apa, saya tak campur. Selebihnya, biarlah saya dan dia bahagia dengan cara masing-masing… Itu sebaik-baiknya.

Sumber : ohbulan

The post ‘Saya Tak Blh Jadi Isteri Yang Baik’ – Sharifah Sakinah Sah Bercer4i appeared first on News Viral.




Post a Comment

0 Comments