“Saya Cuci Kaki Sahaja” – To’ki

Penyanyi lagu Seni Berzaman, To’ki tidak menyangka begitu ramai sayang dan prihatin atas nasibnya hingga diberikan ‘syurga’ untuk berteduh.

“Biar manusia pandang h1ina, tetapi Allah SWT tak pandang hi1na pada saya.

To’ki rasa terharu atas keprihatinan orang ramai terhadap nasibnya yang tinggal di pondok kecil di pinggir hutan. – Foto Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

“Saya percaya Allah menghantar dan mengetuk hati insan mulia termasuk PPZ-MAIWP membantu saya. Siapa sangka, saya bukan hanya dapat kediaman selesa, malah tak perlu pening kepala memikirkan soal sewa rumah selama setahun.

Alhamdulillah

“Lebih bermakna, rumah tiga bilik tidur yang disediakan lengkap dengan perabot. Saya dan isteri masuk rumah hanya ‘cuci kaki’ sahaja pada Jumaat lalu. Alhamdulillah,” katanya ketika BH Online.

Sebelum ini, kedaifan hidup To’ki, 53, dan isterinya, Sharifah Fairuz Syed Yusof, 48, yang tinggal di sebuah pondok kecil di pinggir hutan di Batu 12, Gombak yang tular, baru-baru ini, mendapat perhatian ramai.

To’ki atau nama sebenarnya, Mohd Zaki Mansur menerima rumah flat tiga bilik tidur di Taman Setapak Indah, Jumaat lalu. Kunci rumah diserahkan Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Ahmad Shukri Yusoff kepada To’ki di kediaman berkenaan.

Bukan hanya kediaman selesa disediakan, malah penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Biasan itu tidak perlu membayar sewa bulan selama setahun. PPZ-MAIWP turut menghulurkan beberapa bentuk bantuan seperti perabot rumah, komputer riba dan kewangan.

To’ki berkata, ada sebab Tuhan uji kehidupannya yang tinggal di pondok kecil di pinggir hutan selama setahun.

“Saya tak pernah menyesali takdir hidup ini. Saya percaya ada asbab kenapa Allah uji saya.

“Alhamdulillah, akhirnya buka hati orang lain untuk membantu saya. Jujurnya, saya sangat terharu apabila orang kuat PPZ-MAIWP, Ustaz Ahmad Shukri sendiri menyerahkan kunci rumah kepada saya.

“Lebih membuatkan saya sebak apabila barangan keperluan rumah termasuklah menyediakan katil yang bersesuaian untuk isteri yang masih cedera dan menggunakan kerusi roda untuk bergerak,” katanya.

Pemenang Juara Lagu Kategori Etnik Kreatif, Anugerah Juara Lagu Ke-8 pada 1993 itu berkata, dia masih berulang alik ke pondok kecil berkenaan.

“Pondok kecil ini jadikan tempat untuk saya mencari idea menghasilkan karya. Kediaman yang disediakan ini pula syurga untuk saya dan isteri berteduh.

Terimakasih pada PPZ-MAIWP

Saya tidak akan meninggalkan pondok ini memandangkan saya selesa dan tenang berada di pondok ketika berkarya.

“Saya berterima kasih kepada PPZ-MAIWP kerana memberikan saya sokongan untuk terus berkarya. Saya berjanji setiap mesej karya saya nanti meletakkan Allah di hadapan. Insya-Allah, selagi hayat di kandung badan, saya akan buat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang,” katanya.

To’ki berkata, sebelum ini, dia banyak menerima sumbangan orang ramai yang menghantar keperluan makanan kepadanya.

“Bagaimanapun, tiada guna tamak jika terlalu banyak sumbangan barangan keperluan diterima disedekah semula kepada keluarga susah yang memerlukan,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber : bharian

The post “Saya Cuci Kaki Sahaja” – To’ki appeared first on News Viral.




Post a Comment

0 Comments