Salam Baitullah Kembali Lagi, Tawar Hadiah Hingga RM10,000 Untuk Penonton

salam baitullah

Penangguhan pelaksanaan ibadah haji tahun ini tidak menghalang Radio Televisyen Malaysia (RTM) dari meneruskan program Salam Baitullah.

Program ini menawarkan hadiah lumayan buat para penonton melalui segmen kuiz mereka yang bakal bermula 18 Julai ini.

Antara hadiah yang boleh dimenangi ialah Sijil Simpanan Premium Tabung Haji bernilai RM10,000 bagi pemenang tempat pertama dan Sijil Simpanan Premium TH bernilai RM5,000 kepada pemenang kedua. Penonton juga boleh memenangi hadiah barangan Olive House bernilai RM200 bagi lapan pemenang sepanjang 15 episod program ini.

Bertemakan ‘Suatu Kerinduan’, Ketua Pengarah Penyiaran, Nor Yahati Awang berkata, beliau berharap program 15 episod ini dapat mengubati kerinduan rakyat Malaysia yang tidak dapat menunaikan haji kali ini.

“Ia satu program yang memaparkan aktiviti jemaah haji selain memberi maklumat terkini keadaan di tanah suci Mekah kepada umat Islam di tanah air.

“Diharapkan program ini dapat mengubati kerinduan warga Malaysia kerana tidak dapat menunaikan haji (musim ini) akibat pandemik COVID-19,” katanya.

Program itu bakal menampilkan tiga orang pengacara iaitu Ustaz Hariri, PU Azman dan Ustaz Hafiz Haneefa.

Antara panel jemputan lain yang bakal berkongsi pengajaran haji ialah Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani, Prof Datuk Dr Izhar Ariff, Ustaz Farid Ravi, Datuk Kazim Elias, Ustazah Dr Norhafizah Musa dan Ustazah Asma Harun.

Enam segmen lain ialah Bersama Panel di Studio, Ibrah Haji, Khabar Tanah Suci, Bacaan Ayat Suci Al-Quran, Rehlah Herman dan Cinta Haramain.

Dalam segmen ‘Ibrah Haji’, Ustaz Hariri akan berkongsi fakta musim haji dalam bentuk grafik yang lebih mudah difahami.

Penonton juga boleh mengetahui suasana semasa di Mekah melalui segmen ‘Khabar Tanah Suci’.

Siaran langsung Salam Baitullah boleh ditonton di RTM1 atau Saluran Berita RTM pada pukul 9.00 hingga 10 malam. Ia juga boleh ditonton melalui aplikasi RTM Mobile atau MyKlik yang boleh diikuti di seluruh dunia.

#SalamBaitulah

Saksikan Ustaz Mohamad Hariri Daud, PU Hafiz Haneefa dan PU Azman Syah Alias dalam Salam Baitullah secara langsung pukul 9.00 malam, mulai ESOK sehingga 1 Ogos 2020 dan siaran ulangan, pukul 3.00 petang, mulai 19 Julai 2020 hingga 2 Ogos 2020 di TV1 | #RTMMobile | #SalamBaitulah

Posted by RTM – Radio Televisyen Malaysia on Friday, July 17, 2020

The post Salam Baitullah Kembali Lagi, Tawar Hadiah Hingga RM10,000 Untuk Penonton appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments