Resipi Nasi Ayam Paling Mudah, Confirm Anak Makan Tambah Berkali-kali

 

Hujung minggu kita selalunya nak masak yang special sikit untuk famili tapi hidangan itu mesti mudah sebab ada banyak kerja rumah yang nak dibuat waktu cuti ini.

Jadi antara resipi paling sesuai adalah nasi ayam perkongsian Zue Zulin. Senang nak buat dan  confirm sedap. Kalau anak-anak makan mesti bertambah.

Ayam pula tak susah nak anggar sebab resipinya guna seekor untuk lapan orang makan. Kalau ahli keluarga sikit boleh makan sampai malam.

Resipi nasi ayam paling mudah

Bahan untuk ayam

Ayam seekor dibelah 4
1cm halia
3 ulas bawang putih
Seketul kiub ayam

Cara membuat:

  • Rebus ayam dlm air panas mendidih 7 hingga 8 minit.. Masukkan sup bunjut, bawang putih, halia dan kiub ayam. Air rebusan ayam jgn buang nnt kita nak gunakan untuk nasi dan sup.
  • Angkat ayam kemudian sapukan setengah cawan sos tiram, suku cawan kicap lemak manis, 1 sudu makan minyak bijan, 2 sudu makan madu.
  • Bila dah sapu semua, toskan ayam dlm tapis selama 1/2 jam bg ayam kering supaya masa menggoreng nanti minyak tak meletop dan kulit ayam cantik berkilat..

Nota: Air perapan tadi buang. Akan diguna untuk kicap ayam.

Bahan untuk nasi :

Beras 3 pot
1 biji bwg besar
3 ulas bwg putih
1inci halia
Semua bahan dimayang halus
1 ketul Kiub ayam
1 sudu kecil garam

Cara membuat

  • Cairkan 2 sudu butter (saya guna Buttercup). Tumis bahan hirisan dgn daun pandan.. Waktu ini aromanya naik sampai jiran sebelah sekali boleh bau.
  • Masukkan kiub ayam.Sedikit serbuk kunyit untuk warna kuning sikit (saya tak masukkan sebab suka warna asli).
  • Masukkan beras kacau sedikit dan biarkan sekejap, kemudian masukkan air rebusan ayam tadi.
  • Sukatan air macam masak nasi biasa cuma ebihkan sedikit air.

Bahan untuk cili :

10 tangkai cili merah (saya guna cili merah besar)
5 tangkai cili kering
Sebiji tomato
2 ulas bawang putih
Sedikit halia (sy tambah)
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1/2 cawan air

Cara membuat:

  • Kisar cili merah, cili kering dengan tomato, halia dan bawang putih.
  • Masak di dalam kuali. Masukkan gula dan garam.
  • Tambah sedikit air masak dengan api kecil sehingga likat.

Kicap ayam

Gunakan air perapan ayam tadi.
Nak pekat tambahkan sedikit tepung jagung..

Sup kosong

Gunakan air rebusan ayam tadi, tambahkan bawang goreng dan taburkan sedikit daun sup.. Siap!

Dah siap

Sumber: Zue Zulin

The post Resipi Nasi Ayam Paling Mudah, Confirm Anak Makan Tambah Berkali-kali appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments