Rempeyek Moden Guna Kulit Popia. Kudapan Paling Senang Nak Buat

 

Lebih kurang dua minggu lagi kita nak sambut raya Aidiladha. Rasanya dah boleh buat kuih raya.

Bagi yang bekerja mesti nak cari kuih yang senang nak dibuat. Ini idea kuih yang boleh kita buat nanti. Rempeyek moden guna kulit popia!

Perkongsian Shai Anne Ahemed bBoleh jadi kuih raya atau kudapan kita saja. Senang tapi sedap. Potong kulit popia, tabur bahan kemudian goreng. Dah siap.

Rempeyek moden

Kulit popia (apa apa brand pun boleh)
Kacang tanah (sangai dulu)
Ikan bilis
Sedikit tepung gandum dan air (bancuh untuk pastikan kacang, bilis tak tanggal masa menggoreng)
Jintan manis dan jintan putih (kisar sekali)

Cara membuat

1. Potong kulit popia (potong 4)

2. Letakkan bancuhan tepung dan air pada kulit popia yang sudah dipotong

3. Kemudian tabur kacang, bilis dan juga jintan.

4. Panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng hingga kekuningan.

Siap!

Selamat mencuba!

Sumber: Shai Anne Ahemed

The post Rempeyek Moden Guna Kulit Popia. Kudapan Paling Senang Nak Buat appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments