Polis Terlibat Op Benteng Covid M4ut Disyaki Temb4k Diri

LUMUT: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) m4ut dipercayai menemb4k diri sendiri dalam kejadian di Berek Polis Pantai Remis, dekat sini, malam tadi.

Difahamkan, yang mangsa bertugas di Batalion 18 Senoi Praaq, Pangkalan Hulu dan terlibat dengan Op Benteng COVID-19 di Manjung, menemb4k diri sendiri di bahagian kepala menggunakan senj4ta api jenis Ml4 pada jam 9.25 malam.

Mangsa telah dibawa ke hospital sebelum disahkan meningg4l dunia pada jam 10.30 malam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Nor Omar Sappi, ketika dihubungi, mengesahkan insiden itu tanpa memberikan maklumat terperinci dan berkata pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut. — BERNAMA

Orang ramai dialu-alukan membuat aduan sekiranya berhadapan masalah ketidakstabilan emosi.

Mereka boleh berkongsi masalah atau dilema yang dihadapi kepada para sukarelawan terlatih di Befrienders.

Befrienders ialah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang menyediakan khidmat sokongan emosi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu, kepada mereka yang mengalami kemurungan dan mempunyai niat untuk membvnuh diri.

Befrienders boleh dihubungi di talian 03-7956 8145/8144 atau e-mel kepada sam befrienders.org.my untuk bantuan.

Panggilan adalah percuma bermula 1 Ogos 2019.

Sumber : astroawani

The post Polis Terlibat Op Benteng Covid M4ut Disyaki Temb4k Diri appeared first on News Viral.




Post a Comment

0 Comments