Pejabat Perdana Menteri Ubah Fikiran Berkenaan Ucapan PM Tentang PKPP

Kuala Lumpur — Setelah menafikan ada Perutusan Khas Perdana Menteri hari ini, tampak Pejabat Perdana Menteri berubah fikiran dan akan mengadakan siaran langsung ucapan Tan Sri Muhyiddin petang ini.

Mengikut poster yang dimuat naik dalam akaun facebook rasmi Muhyiddin Yassin, Perutusan Khas Perdana Menteri mengenai Perkembangan Terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akan diadakan pada jam 4 petang ini (20 Julai 2020).

Pagi tadi, siaran media kerajaan menyatakan penafian Pejabat Perdana Menteri mengenai Perutusan Khas Perdana Menteri pada jam 3 petang ini seperti yang tersebar sejak semalam. -Suara TV

Sebelum ini

KUALA LUMPUR: Sebaran poster digital bahawa akan terdapat Perutusan Khas dari Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, petang ini adalah palsu.

Kerajaan dalam satu kenyataan pagi tadi menyatakan, “Pejabat Perdana Menteri atau PMO menafikan pemakluman bahawa YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan Perutusan Khas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan pada hari Isnin, 20 Julai 2020 pukul 3.00 petang melalui TV3, ntv7, 8TV dan TV9 seperti yang sedang tular di media sosial.”

Sumber : suaratv

The post Pejabat Perdana Menteri Ubah Fikiran Berkenaan Ucapan PM Tentang PKPP appeared first on News Viral.




Post a Comment

0 Comments