‘Pasar Basah’ Di India Didakwa Jual Keratan Tangan Monyet, Anjing Diikat Dalam Guni Sebelum Di Sembelih

Satu rakaman mengerikan menunjukkan tangan monyet yang hangus dan anjing yang ditangkap sedang menunggu untuk disembelih di ‘pasar basah’ India, lapor Mirror UK.

Menerusi video yang dikongsikan oleh People for the Ethical Treatment of Animals (PETA) itu, anjing-anjing dilihat sedang diikat di dalam guni dengan kepala mereka yang terkeluar.

Bahagian badan monyet termasuk tangan kecil juga dilihat dijual di pasar tersebut.

PETA India itu berkata bahawa rakaman tersebut menyaksikan pelanggaran berleluasa terhadap undang-undang kesejahteraan haiwan dan perlindungan hidupan liar.

Ia juga mengingatkan kepada ‘pasar basah‘ yang menyaksikan binatang hidup dijual dan menjadi tempat pembiakan kepada penyakit yang mematikan.

“Di Nute Bazaar di Manipur, daging dari monyet, landak, khinzir hutan dan burung bermigrasi yang dijual secara haram,” kata kenyataan PETA.

“Di Keera Bazaar di Dimapur, Nagaland, anjing telah dibunuh dan dijual untuk dagingnya.

“Kerajaan Nagaland baru-baru ini memutuskan untuk  mengharamkan penjualan daging anjing namun perdagangan kejam itu tetap berterusan di beberapa negeri India yang lain,” tambah kenyataan itu lagi.

PETA juga berkata bahawa pasar basah merupakan tempat yang sangat sempurna bagi penyakit zoonosis untuk menjangkiti manusia.

Sumber: Mirror

The post ‘Pasar Basah’ Di India Didakwa Jual Keratan Tangan Monyet, Anjing Diikat Dalam Guni Sebelum Di Sembelih appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments