Pap4gomo putih mata lihat Syed Saddiq sarung baju lok4p SPRM

KUALA LUMPUR ,Harapan Papagomo untuk melihat Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyarungkan baju lokap tidak kesampaian.
Bekas menteri belia dan sukan dalam jawapan balas kepada Papagomo berkata baju itu tidak disarungnya kelmarin.

“Baju oren aku tak ada bro. Yang ada Oyen ni saja seketul,” katanya merujuk kucing peliharaan.

Papagomo, nama popular Wan Muhammad Azri Wan Deris, sebelum itu mendkwa Syed Saddiq ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya, SPRM wajar menyarungkan wakil rakyat Muar baju lokap selepas ditahan.

“Dapat berita Syed Saddiq ditahan SPRM. Walau aku menyampah dengan Saddiq penipu ini aku harap dia diperlakukan dengan adil sama seperti mereka yang sebelum ini ditahan.

“Baju lokap SPRM mesti disarungkan tanpa ragu ragu,” coretnya pada Khamis.
Syed Saddiq sebelum ini terpaksa meninggalkan sidang Dewan Rakyat lebih awal bagi memberi keterangan kepada SPRM.

Sumber : projekmm

The post Pap4gomo putih mata lihat Syed Saddiq sarung baju lok4p SPRM appeared first on News Viral.




Post a Comment

0 Comments