“Nak Jadi Bomba Hati Kena Kental”, Latihan UKTK Uji Kekentalan Anggota Bomba

Bukan mudah menjadi anggota bomba lebih-lebih lagi terpaksa berhadapan dengan cabaran yang berisiko meragut nyawa. Sering kita mendengar cerita mengenai anggota bomba yang teribat dalam kemalangan sewaktu menjalankan tugasan. Terutama sekali kematian arwah Adib yang menjadi bualan satu Malaysia pada dua tahun lepas.

Hal ini membuktikan bomba mempunyai tanggungjawab yang besar dalam menjaga keselamatan dan keamanan negara. Dari sekecil-kecil perkara sehinggalah yang lebih besar, anggota bomba merupakan barisan yang terawak yang bakal hadir.

Oleh itu, menjaga kecerdasan dan kecergasan badan merupakan perkara yang sangat penting untuk menjadi seorang anggota bomba. Disamping mempunyai kemahiran dalam menggunakan peralatan, anggota bomba juga perlu sentiasa berada dalam tahap kesiagaan yang tinggi.

Bagi setiap anggota bomba terdapat ujian dan latihan yang perlu mereka tempuh dalam memastikan anggota badan dalam keadaan yang cergas.

Latihan Ujian Kercergasan Taktikal Kebombaan (UKTK) adalah latihan yang betujuan mengenalpasti tahap kecergasan taktikal yang diperlukan bagi pegawai operasi Jabatan Bomba dan Peenyelamat Malaysia yang melaksanakan tugasan asas pemadaman dan penyelamatan.

Friends of Bomba Malaysia ada berkongsikan video anggota bomba dari Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kuala Lumpur menjalani Latihak UKTK.

Nak Jadi Bomba Hati mesti kental!! 🚒

Nak Jadi Bomba Hati mesti kental!! 🚒"Ujian Kecergasan Taktikal Kebombaan" (UKTK) JBPM Kuala Lumpur.

Posted by Friends of Bomba Malaysia on Thursday, July 9, 2020

Sumber : Friends Of Bomba

 

The post “Nak Jadi Bomba Hati Kena Kental”, Latihan UKTK Uji Kekentalan Anggota Bomba appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments