Modal Hanya RM 6k, Lelaki Kongsi Cara Pasang Panel Solar Untuk Kegunaan Rumah Sendiri

Bagi sesetengah keluarga, kos elektrik merupakan bebanan yang sangat besar dan menelan perbelanjaan yang sangat tinggi setiap bulan. Lebih-lebih jika mempunyai penghawa dingin yang terpaksa dipasang untuk keselesaan keluarga.

Oleh itu, demi penjimatan di masa akan datang, seorang pengguna Facebook telah berkongsikan usaha beliau memasang panel solar untuk kegunaan rumah. Menariknya segala pembelian dan pemasangan di buat sendiri dengan selepas beberapa bulan mengumpul barang dan mengkaji cara pemasangan.

Ikuti perkongsian dari Razman Abd Razak  yang boleh jadi rujukan anda semua.

Panel 9 Keping dah siap upgrade. Esok TNB akan baca meter. Lepas tu dah boleh supply power ke inverter/controller hibrid tu.

Bateri baru jenis LiFePo 24V 200AH, tunggu delivery beberapa hari saja lagi, just guna malam untuk beberapa jam sahaja. Saya masih gunakan bekalan TNB, cuma sasaran saya untuk reduce sebanyak mungkin supply dari TNB. Kalau nak guna 24jam solar, kos bateri akan jadi bebanan dan saka poket.

Saya bukan installer, saya bukan pakar, saya gemarkan DIY. Saya beli sikit-sikit, belajar sendiri, buat sendiri. Just nak bagi motivasi & inspirasi kepada yg ada pasang angan-angan. Tips saya, beli sikit-sikit. Belajar dari bawah. Video pemasangan akan diupload ke channel saya #Arrazman #Mydiy kemudian….tunggu bateri sampai & test dulu lah.

9 solar panel dibeli dari China

Sebanyak 9 panel solar di pasang sendiri dengan peralatan DIY

Besi GI kekuda bumbung
Hook DIY
Panel Solar DIY

Menurut Razman anggaran keseluruhan projek DIY solar panel yang dibuat sendiri ini adalah sebanyak RM 6,000.

Sumber: Razman Abd Razak

The post Modal Hanya RM 6k, Lelaki Kongsi Cara Pasang Panel Solar Untuk Kegunaan Rumah Sendiri appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments