Mengalir Air Mata Ustaz Abdullah, Kisah Mustajabnya Doa Di Arafah Ketika Emak Sedang Kritikal Di Malaysia

Siapa tak kenal Ustaz Abdullah Khairi yang terkenal dengan suara lantangnya ketika berceramah dan diselitkan unsur-unsur lawak jenaka ketika menyampaikan ilmu.

3 hari lepas, menerusi Facebook, beliau memuatnaik video ketika sedang berceramah bersama Ustaz Haslin Baharim dan Dr. Izhar Ariff. Ustaz Abdullah menceritakan pengalaman beliau dan keluarga mustajabnya doa ketika di Arafah.

Ketika beliau dan isteri berada di Arafah pada tahun 2017. Ayah kandung beliau menelefonnya dan memberitahu emaknya sedang sakit dan kritikal di Malaysia. Ayahnya meminta beliau berdoa di Tanah Suci pada ketika itu.

Ustaz Abdullah dan Isteri berdoa “Ya Allah kalau nak bagi mak aku mati Ya Allah, matilah di hadapan ku Ya Allah.” 2 hari selepas itu, ayahnya telefon semula dan mengatakan emaknya sudah sihat dan boleh discaj daripada wad.

Selesai sahaja ibadah Haji, ayahnya sekali menelefon lagi dan bertanya sudah selesai atau belum ibadah hajinya kerana ayahnya memberitahu emaknya sedang menunggu di rumah.

Cerita penuh boleh menonton video di bawah.

Sumber: Ustaz Abdullah Khairi Page Original

The post Mengalir Air Mata Ustaz Abdullah, Kisah Mustajabnya Doa Di Arafah Ketika Emak Sedang Kritikal Di Malaysia appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments