Md Rayhan Kabir Akan Diusir Dan Disenarai Hitam Memasuki Malaysia Selama-Lamanya – KP Imigresen

Selepas berita penangkapan Md Rayhan Kabir oleh Jabatan Imigresen Malaysia semalam, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Dato’ Indera Khairul Dzaimee Bin Daud dalam satu kenyataan media  menyatakan Md Rayhan Kabir akan diusir keluar dari negara ini dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya.

BACA: Warga Asing, Rayhan Kabir Yang Diburu Jabatan Imigresen Malaysia Sudah Ditahan Hari Ini

Indera juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada pegawai-pegawai yang terlibat di atas usaha dan komitmen mereka. Rayhan jadi orang yang dikehendaki selepas muncul dalam satu dokumentari terbitan saluran berita antarabangsa Al-Jazeera yang bertajuk “Locked Up In Malaysia Lockdown”. Dia didakwa memberikan kenyataan yang tidak tepat dalam dokumentari tersebut mengenai cara Malaysia melayan pendatang asing tanpa izin ketika pandemik Covid-19.

Dokumentari itu menimbulkan rasa tidak puas hati netizen terhadap Al-Jazeera malah, kerajaan Malaysia juga turut kesal dengan tindakan menyiarkan video tersebut serta info-info yang didakwa tidak tepat.

KENYATAAN MEDIA JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA25 JULAI 2020IMIGRESEN BERJAYA TANGKAP MD RAYHAN KABIRJabatan Imigresen…

Posted by Jabatan Imigresen Malaysia on Friday, 24 July 2020

Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia

The post Md Rayhan Kabir Akan Diusir Dan Disenarai Hitam Memasuki Malaysia Selama-Lamanya – KP Imigresen appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments