“Masihkah Kau Ingat..” Hos BernamaTV Ingatkan Menteri Janji Kebebasan Bersuara

Kuala Lumpur Hos Bernama TV, Herleena Pahlavy yang dikenakan tindakan setelah menggelar stesen TV Al Jzeera sebagai Al J4hiliyah, mengingatkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah mengenai janji beliau untuk terus mempertahankan kebebasan bersuara.

Herleena Pahlavy berkata demikian dalam satu status di faceb0oknya sambil berkongsikan satu pautan berita pada Mac 2020 yang bertajuk “Saifuddin janji terus pertahan kebebasan bersuara”

“Masihkah kau ingat,” tulisnya di Facebook hari ini.

Dalam program Malaysia Petang Ini yang disiarkan Bernama TV Isnin lalu untuk membincangkan dokumentari kontr0versi itu, hos terbabit menggelar Al J4zeera sebagai Al-J4hiliyah.

“Saya rasakan Al J4zeera, atau selepas isu ini, saya boleh katakan bahawa Al J4hiliyah ini tidak mempunyai asas ataupun mungkin etikanya kurang.

Kalau kita g0ogle pun, mereka memang banyak kontr0versi dan kr1tikan yang melanda dirinya,”

Beliau kemudiannya mengakhiri program itu dengan berkata: “Saya Leena Pahlavy, Al J4zeera, ‘y0u shvt up’.”

Media melaporkan, Herleena digantung tugas berikutan selepas menggelar stesen TV berkenaan sebagai Al-J4hilliyah dalam satu rancangan yang dikendalikannya.

Menteri Komunikasi, Dato Saifuddin Abdullah melalui akaun twitter miliknya menyelar tindakan Herleena.

“Kita tak setuju dengan satu laporan saluran berita itu, tapi kita tak boleh menggelarnya dengan panggilan itu. Saya dimaklumkan oleh pengerusi Bernama yang tindakan telah diambil,”

Jumaat lalu, Al J4zeera menyiarkan dokumentari bertajuk “Locked Up in Malaysia’s Lockdown” selama 25 minit menerusi program 101 East, yang mendakwa Putrajaya menggunakan alasan kesihatan dan keselamatan awam untuk menahan pendatang asing tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

Polis kemudiannya menyi4sat saluran berita itu di bawah Akta H4sutan 1948, Seksyen 500 K4nun Keseks4an kerana menyiarkan berita fitn4h serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyalahgunakan rangkaian perkhidmatan secara tidak wajar.

Jabatan Imigresen pula sedang mengesan lelaki B4ngladesh, R4yhan Kabir yang ditemubual program itu yang mendakwa pihak berkuasa membuat per4ngkap terhadap pendatang tanpa izin ketika operasi pencegahan wabak covid-19 di ibu kota tempoh hari.

Sumber : Cinca

The post “Masihkah Kau Ingat..” Hos BernamaTV Ingatkan Menteri Janji Kebebasan Bersuara appeared first on News Viral.




Post a Comment

0 Comments