MAS Tawar Diskaun Harga Tiket Penerbangan Domestik 20 Peratus Untuk Guru, Pensyarah & Pelajar – Ismail Sabri

Syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) bersetuju menawarkan diskaun harga tiket penerbangan sebanyak 20 peratus bagi guru, pensyarah dan pelajar.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, promosi diskaun 20 peratus untuk guru peringkat persekolahan dan pensyarah institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta adalah bagi perjalanan domestik.

“Tarikh tempahan bermula dari 9 Julai hingga 10 Ogos untuk tarikh perjalanan dari 10 Julai hingga 30 November 2020.

“Diskaun boleh diperolehi melalui tempahan atas talian dengan memasukkan kod promo yang akan diumumkan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau Kementerian Pengajian Tinggi (KPT),” katanya dalam sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.

Dalam pada itu, tambah Ismail, promosi diskaun 20 peratus bagi pelajar pula adalah melalui program MH Explorer.

“Ia boleh diperolehi dengan menjadi ahli MH Explorer melalui laman sesawang MAS.

“Diskaun pelajar ini akan terus dinikmati hingga 30 November atau tamat tempoh keahlian mengikut syarat-syarat keahlian MH Explorer,” jelasnya lagi.

Menurut Ismail, promosi yang ditawarkan tersebut adalah bagi membantu meringankan beban pihak tenaga pengajar serta pelajar untuk pulang ke institusi pendidikan masing-masing tidak lama lagi.

Kenyataan tersebut boleh dirujuk pada minit ke-15.

PKPP : MAS beri diskaun 20 peratus kepada guru, pensyarah dan pelajar untuk penerbangan domestik – Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri

Posted by Bernama TV on Tuesday, July 7, 2020

Sidang Media (Non-Health) oleh Menteri Kanan (Keselamatan)

Sidang Media (Non-Health) oleh Menteri Kanan (Keselamatan), YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob. (8 Julai 2020)

Posted by RTM – Radio Televisyen Malaysia on Tuesday, July 7, 2020

Sumber: RTM

The post MAS Tawar Diskaun Harga Tiket Penerbangan Domestik 20 Peratus Untuk Guru, Pensyarah & Pelajar – Ismail Sabri appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments