Lelaki Berkain Pelikat Mengamuk Dipercayai Tak Puas Hati ‘Misi’ Ambil Darah Ibu Berkali-kali Sampai Lebam

Tular sebuah video di laman facebook menunjukkan seorang lelaki berkain pelikat mengamuk di sebuah klinik.

Difahamkan, lelaki terbabit bertindak menterbalikkan meja dan kerusi sambil mengatakan sesuatu dalam bahasa Thailand.

Pada masa yang sama juga, ada yang mendakwa lelaki tersebut bertindak kerana misi mengambil darah berkali-kali dari ibunya sehinggakan tangan kelihatan lebam.

Menurut seorang pengguna Facebook mengatakan bahawa kesan lebam biru akibat pengambilan darah tujuan perubatan itu adalah normal.

Bagaimanapun sehingga hari ini  punca kejadian masih belum mendapat maklumat jelas.

Menurut orang ramai menerusi ruangan komen tersebut rata-rata tidak faham dengan bahasa lelaki itu bercakap. Ada juga yang mendakwa lelaki tersebut menggunakan bahasa selatan Thailand yang agak pekat.

Apa-apapun diharapakan kejadian seperti ini tidak berulang lagi kerana ia menganggu keselamatan awam.

 

Sumber: Facebook

The post Lelaki Berkain Pelikat Mengamuk Dipercayai Tak Puas Hati ‘Misi’ Ambil Darah Ibu Berkali-kali Sampai Lebam appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments