Lagu Terbaru BCL, ’12 Tahun Terindah’ ‘Pengubat Rindu’ Buat Arwah Suami

Pada bulan Febuari lalu, kita mendapat berita mengenai pemergian mengejut Ashraf Sinclair atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclair, ternyata sehingga kini pemergiannya masih dirasai oleh ramai orang, lebih-lebih lagi isteri tercinta dan anaknya.

Namun, Bunga Citra Lestari tetap kuat dan cuba bangkit untuk satu-satunya anak lelaki mereka tanpa suami disisi.

BCL yang juga merupakan seorang penyanyi popular kelahiran Indonesia telah mengeluarkan ‘single’ terbarunya buat para peminatnya. Apa yang menyedihkan, lagu ’12 Tahun Terindah’ itu adalah dedikasi yang dibuat khas untuk arwah suaminya.

Dalam perkongsian di Instagram, reaksi ahli keluarga Asyraf terhadap lagu tersebut sangat menghibakan.

Hari ini, muzik video lagu berjudul ’12 Tahun Terindah’ telah dimuat naik di chanel Youtube BCL, video berkenaan telah mendapat hampir 900k tontonan dalam masa 4 jam.

Klip video yang sangat menyentuh hati itu boleh membuatkan orang ramai yang melihatnya menitiskan airmata, mana tidaknya keseluruhan muzik video itu dipenuhi dengan gambar-gambar kenangan dirinya bersama arwah suami.

Sumber: Instagram

The post Lagu Terbaru BCL, ’12 Tahun Terindah’ ‘Pengubat Rindu’ Buat Arwah Suami appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments