‘KLuster Baru Ini Beri Kebimbangan Ramai Pihak” Kes Positif Kembali 2 Angka

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Dr Noor Hisham berkata, negara hari ini mencatatkan 21 kes baru, 13 daripadanya adalah berasal dari kluster rumah warga emas di Kluang itu.

Semalam, menerusi laporan dari Kementerian Kesihatan Malaysia, penemuan satu kluster baru di sebuah pusat jagaan warga emas di Kluang, Johor menimbulkan kebimbangan orang ramai.

Angka jangkitan dari kluster tersebut telah melonjakkan jumlah jangkitan harian di negara ini ke tahap tertinggi dalam masa sebulan.

14 kes positif

Kes pertama kluster ini merupakan kes kematian COVID-19 yang telah dilaporkan pada 19 Julai 2020 (iaitu kes ke-8770), di mana ujian saringan COVID-19 didapati positif.

Susulan itu, siasatan dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (active case detection) telah dijalankan.

Sehingga 20 Julai 2020 jam 12 tengah hari, 39 orang telah disaring, iaitu terdiri daripada. 14 kes positif COVID-19; 18 adalah negatif dan 7 masih menunggu keputusan. Daripada jumlah kes positif ini, 13 kes adalah warganegara Malaysia dan 1 warga Indonesia.

Menurut KKM, kes positif kluster ini melibatkan 11 warga emas (iaitu penghuni rumah jagaan tersebut), 1 pekerja dan 1 ahli keluarga. Langkah pembendungan dan kawalan jangkitan telah dijalankan seperti proses nyah kuman dan nyah cemar di pusat penjagaan tersebut. Punca jangkitan kluster masih lagi di dalam siasatan mereka.

Malah, menerusi perutusan khas PKPP semalam, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin turut sama melahirkan kebimbangan terhadap kewujudan 13 kluster penularan Covid-19 sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), baru-baru ini.

Ini katanya termasuk kluster restoran di Brickfields, Kuala Lumpur, kluster Stutong di Sarawak dan kluster berpunca daripada mereka yang pulang dari luar negara.

Walaupun kekal rendah, saya bimbang dengan kewujudan 13 kluster baru sepanjang tempoh PKPP. Lebih membimbangkan saya, kes positif kembali mencatatkan dua digit sejak beberapa hari lalu.

Ramai dah mula bimbang

Sumber : KKM

The post ‘KLuster Baru Ini Beri Kebimbangan Ramai Pihak” Kes Positif Kembali 2 Angka appeared first on News Viral.




Post a Comment

0 Comments