Kapal Selam Berkuasa Nuklear Dilaporkan Hampir Terlanggar Feri Yang Dipenuhi Ratusan Penumpang

Sebuah feri dengan ratusan orang penumpang di dalamnya dapat mengelak dari melanggar kapal selam berkuasa nuklear milik Britain setelah seorang pegawai sempat melihat periskopnya yang hanya 250 ela ke ke depan, lapor Mirror.

Menurut sumber, kejadian yang dijangka berpotensi menjadi bencana maritim terbesar itu berlaku setelah kru kapal selam dipercayai ‘memandang rendah’ pada kelajuan dan jarak feri.

Tambah Mirror dalam laporannya, mereka bernasib baik kerana pegawai yang berada di dalam feri Stena Line itu mengambil tindakan yang berkesan dan cepat untuk mengelak dari sebarang perlanggaran di Laut Ireland.

Gambar Via Mirror

Krew kapal selam Tentera Laut Diraja dipercayai telah melihat kapal Stena Superfast V11 tujuh minit sebelumnya dan mengira  jaraknya sejauh 6,000 ela.

Namun mereka membelok dan percaya bahawa mereka mempunyai masa untuk mengelak darinya.

Siasatan selama dua tahun mendapati kapal selam itu berpendapat jaraknya sejauh 1,000 ela ketika feri berpusing.

Kapal selam itu dipercayai adalah sebahagian dari armada berkuasa nuklear Britain walaupun tidak diketahui apakah itu salah satu dari empat yang membawa peluru berpandu nuke.

Gambar Via Mirror

Kejadian yang hampir berlaku itu direkodkan pada tahun 2018 namun laporan mengenainya dikeluarkan semalam.

Laporan juga mendedahkan bahawa ia merupakan kejadian ketiga dalam masa empat tahun kapal selam Tentera Laut Diraja itu hampir mengalami pelanggaran.

Sumber: Mirror

The post Kapal Selam Berkuasa Nuklear Dilaporkan Hampir Terlanggar Feri Yang Dipenuhi Ratusan Penumpang appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments