Jangan Buang Uncang Teh, Boleh Guna Untuk Benihkan Anak Cili. Cepat Tumbuh & Cili Pun Cantik

 

Hampir setiap hari di rumah kita membancuh teh menggunakan uncang. Selepas pakai selalunya kita buang saja uncang teh.

Tapi lepas lihat perkongsian Armanshah Mohamad Tahir apa kata kita simpan terutama jika suka bercucuk tanam.

Uncang teh terpakai ini digunakan untuk menanam benih cili dan hasilnya benih cili cepat tumbur dan cantik. Caranya boleh ikut perkongsian ini.

Benih anak cili guna uncang teh

1. Saya tanam benih cili menggunakan teh uncang yg telah digunakan untuk dapatkan cili yg cantik.

Selain itu benih juga cepat tumbuh. Daun teh boleh jadi medium dan baja pada anak benih cili.

2. Caranya bubuh sedikit air dalam uncang teh yang dibuka supaya lembap sedikit. Ini kerana serbuk teh cepat kering kalau panas, lagi pun memudahkan benih bercambah.

3. Jika dah ditanam boleh guna air basuhan beras untuk siram pokok cili. Lagi subur dan cepat berbunga

4. Saya juga gunakan baja kopi, dari sisa kopi asli iaitu kopi kasar/ dan campuran baja yg berbau kopi (beli di Eco Shop)

Ini hasilnya

Selamat mencuba!

Sumber: Armanshah Mohamad Tahir

 

The post Jangan Buang Uncang Teh, Boleh Guna Untuk Benihkan Anak Cili. Cepat Tumbuh & Cili Pun Cantik appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments