“Hormati Undang-Undang Negara Orang Kalau Nak Bekerja”- Peguam

Kontroversi dan tuduhan berkisarkan penganiayaan pendatang asing tanpa izin (PATI) kian panas hari demi hari sejak isu dokumentari Aljazeera ‘meletup’ dalam kalangan rakyat Malaysia, beberapa hari lalu.

Justeru, seorang peguam, Nor Zabetha mengulas isu tersebut dari sudut pandang guaman dan pengalamannya sendiri yang terlibat secara langsung dengan warga asing.

Mari baca perkongsian di bawah.

Gambar sekadar hiasan.

Berkenaan isu video Al-Jazeera itu, sebenarnya ada beberapa individu warga asing yang ditemubual. Misalnya beberapa lelaki dari Bangladesh dan wanita dari Indonesia.

Cuma kata-kata dari lelaki Rayhan Kabir ini yang jenis menimbulkan kemarahan, yang tidak benar dan yang jenis provokasi. Itu yang menjadi kemarahan ramai. Kerana mulut badan binasa.

Pendapat kita berbeza-beza, pendatang tanpa izin atau warga asing memang tidak boleh dizalimi. Mereka manusia, jangan melakukan kejaman.

Saya tidak setuju jika mereka diperas ugut atau dibuli tetapi isu sekarang mereka telah melakukan kesalahan dibawah Akta Imigresen dan seperti mana kesalahan lain di Malaysia ini mereka perlu menerima hukuman.

Kalau ikutkan hati, bukan kata mereka. Kita pun, kalau boleh waktu bercuti dan menetap lama sedikit di negara orang, seronok juga. Saya ingat waktu pergi ke Italy dahulu. Tempoh 14 hari rasa tidak cukup untuk duduk di sana. Tambah pula orang yang gila sejarah peradaban seperti saya.

Rasa tidak cukup masa, walaupun kami satu kumpulan sudah padatkan jadual sehabis mungkin untuk melawat semua tempat tetapi banyak yang tidak sempat. Alangkah indahnya kalau boleh overstay di sana seketika. TETAPI undang-undang tidak membenarkan. Salah.

Jadi kita hormati undang-undang negara orang, jika benar hendak bekerja. Ambil permit kerja, ikut proses yang betul. Kalau hendak bercuti, ikut proses dan jalan yang betul. Jangan kita memandai-mandai dan menyusahkan orang negara sana.

Gambar sekadar hiasan.

Keluarga saya ada yang berkahwin dengan orang Indonesia. Kami layan seperti ahli keluarga. Waktu ibunya meninggal, saya turun naik ke balai untuk teman ambil keterangan, membantu urusan kedutaan.

Tambah pula ibunya sebenarnya telah hampir belasan tahun menghilangkan diri. Ahli keluarga pun tidak tahu masih hidup atau mati sejak dia meninggalkan keluarganya.

Mujurlah ada pemberitahuan dalam group whatsapp dan Facebook yang mencari waris si mati.

Mujurlah anaknya ada disini walaupun belasan tahun tidak berjumpa. Kami perlu dapatkan pengesahan yang mengatakan ada waris di Malaysia, jika tidak kedutaan Indonesia tidak akan melepaskan hak untuk menanam si mati.

Niat anak, hendak pastikan si ibu dikebumikan dengan cara islam dan secepat mungkin kerana mayat telah ditahan selama 10 hari dibilik mayat. Turun naik ke balai polis dan kedutaan.

Mendapatkan dokumen pengesahan dari ketua kampung si mati dan anaknya bagi mengesahkan hubungan secara email dan macam-macam lagi.

Masa itu Nadra baru 10 bulan. Tunggulah dalam kereta sejam dua bersama pembantu rumah saya, sementara mama selesaikan urusan bersama ahli keluarga yang lain. Manalah hendak sangka prosesnya begitu rumit.

Akhirnya selepas 2 hari ahli keluarga turun naik, urusan pengkebumian selesai. Kita tidak mahu mereka dilayan kejam, malahan kebanyakan kita melayan mereka seperti biasa tetapi jika menuduh negara kita atau warga kita jenis ‘double standard’. Itu salah. Mereka salah dan tiada permit, itu tetap salah.

Oleh Nor Zabetha

Berkenaan isu video Al-Jazeera itu, sebenarnya ada beberapa individu warga asing yang ditemubual. Misalnya beberapa…

Posted by Nor Zabetha on Tuesday, July 7, 2020

Sumber: Nor Zabetha

The post “Hormati Undang-Undang Negara Orang Kalau Nak Bekerja”- Peguam appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments