Hati-Hati, Budaya ‘Prank’ Isteri Boleh Rosakkan Rumah Tangga – Peguam

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai satu video memaparkan seorang wanita yang dituduh ‘golddigger’ apabila menerima RM20,000 daripada seseorang.

Dalam masa sama, teman lelakinya mendakwa pemberian wang tersebut hanyalah semata-mata mahu menguji kesetiaannya, dalam erti kata lain, sengaja buat ‘prank’.

Meskipun desas-desus mengatakan video tersebut hanyalah lakonan semata-mata.

Kendatipun begitu, situasi tersebut serta tindakan lelaki itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada warganet, ada yang mengecam si lelaki, ada juga yang melemparkan pandangan ke atas si wanita.

Bagaimanapun, isu ‘prank’ teman wanita ini sebenarnya berisiko untuk terbawa-bawa hingga ke alam rumah tangga.

Malah, ‘prank’ isteri dengan pelbagai perlakuan boleh menyebabkan terjadinya penceraian.

Ikuti pandangan seorang peguam, Nor Zabetha mengenai isu bahayanya ‘prank’ isteri di bawah ini.

Gambar sekadar hiasan.

Saya di tag berkenaan video prank Eksperimen Gold Digger oleh sekumpulan pemuda Youtubers di Malaysia.

Dalam video wanita ini bersetuju dengan tawaran RM20,000 untuk meninggalkan kekasihnya dan untuk bersama dengan pemilik studio rakaman. Wanita itu setuju.

Video bermula bagaimana kekasih wanita ini menghubungi kumpulan Youtubers untuk menguji wanita ini. Demi menjayakan prank, mereka berlakon kononnya memanggil wanita ini untuk rakaman studio.

Kemudian ditawarkan wanita ini untuk menjadi artis rakaman dan pembantu peribadi pemilik studio, dengan syarat perlu meninggalkan kekasihnya.

Sebagai balasan RM20,000. Bila bersetuju, lelaki ini dan kumpulan Youtubers pun datang untuk konfrontasi. Terkejut wanita ini, rupa-rupanya ditipu.

Selepas tag saya di ruangan komen, rakan saya PM untuk minta pendapat. Bolehkah rancangan prank begini disaman? Apakah kesan prank hubungan suami isteri begini kerana dia bimbang, jika menjadi budaya akan merosakan hubungan.

Tepat sekali. Prank dikalangan suami isteri sehingga peringkat menguji duit kononnya hendak menunjukkan kesetiaan, tidak kira susah atau senang. Saya rasakan itu bodoh!

Saya sedang bercakap dalam konteks suami isteri ya, bukan pasangan kekasih seperti dalam video prank. Mereka remaja atau masih muda, mereka rasakan cinta itu adalah dunia. Sanggup mati kerana kekasih, gitu.

Saya tidak mahu sentuh tentang pasangan kekasih tetapi fokus tulisan kepada pasangan yang telah berkahwin. Kita lihat impaknya kalau rancangan prank begini diperbanyakan.

Video ini dimulakan dengan meminta kekasihnya tandatangan perjanjian untuk tidak ambil tindakan, tetap saya rasakan keseluruhan video itu hanyalah lakonan sahaja.

Saya teliti babak tertentu. Lakonan kedua-dua kekasih itu gagal. Memang diada-adakan. Jadi tidak ada isu mereka hendak menyaman.

Berbalik kita pasal sembang tentang isu suami isteri ini tadi, kalau ada selepas ini mengada-ngada yang hendak prank isu hubungan suami isteri, konon hendak berkahwin lain, hendak tinggalkan isteri atau suami, hendak uji kesetiaan. Sila tolong jangan bagi sokongan dan boikot rancangan begini.

Gambar sekadar hiasan.

Betapa sucinya hubungan suami isteri itu, tidak boleh dibuat sebagai jenaka. Kalau dalam Islam kita bergurau olok-olok untuk jatuhkan talak sekalipun, maka jatuhlah. Tidak kelakar okay!

Misalnya sambil suami bergurau manja dengan isteri, tak mahu si isteri pergi ke reunion sekolah, suami sambil ketawa berkata “Alah, janganlah sayang pergi. Kalau you cuba ex-boyfriend you macam mana? Kalau you pergi juga, I ceraikan you. Hahaha!”

Sambil kedua-dua pasangan ini ketawa. Walaupun dalam kedua-duanya ketawa, jika si isteri, maka jatuhlah talaq.

Jadi nampak kenapa Islam begitu tegas dalam hubungan suami isteri. Begitu juga kita ini tidak dibenarkan bercerita hal dalam kelambu, keintiman suami isteri.

Hal suami isteri juga jangan mengadu domba. Jangan buka group whatsapp beramai-ramai dan bercerita aib suami atau isteri masing-masing. Semua ini untuk menjaga keharmonian rumah tangga.

Kalaulah ahli kumpulan Whatsapp terjumpa si suami yang dikatakan itu, tidakkah malu suami itu dipandang serong dan dianggap yang buruk-buruk? Kita dengar baru sebelah pihak aduan si isteri. Belum kita dengar cerita suami, terus kita pandang serong dan menghukum.

Kehidupan ini ada indahnya jika beberapa perkara dirahsiakan. Sebab itu mati itu rahsia, jodoh itu rahsia dan banyak lagi rahsia. Sebab itu dalam Islam itu tilik tidak dibenarkan.

Habis kita jadi paranoid memikirkan tilikan hari mati kita pada tarikh sekian dan sekian. Tak mahu bergerak buat apa-apa memikirkan hari mati pada tarikh sekian-sekian.

Saya ada berpesan kepada seorang rakan. Dia sentiasa paranoid dengan pergerakan suaminya. Sehingga dia ada apps untuk duplicate perbualan whatsapp. Dia pantau semuanya. Kadangkala dia semak telefon suaminya.

Saya rasakan dia jadi obsess, sehingga tidak fokus pada realiti. Rasanya kalau dia dapat pasang cip mengawal pada suaminya, dia pasang. Haha.

Saya tanya apa kebaikan rasa paranoid ini? Sentiasa dihantui setiap masa. Tidak penatkah? Ada sesetengah perkara perlu ‘let go’. Jangan keterlaluan. Kehidupan perlu ada privasi dan rahsia.

Tidak perlu hendak prank menguji kesetiaan pasangan kerana jika kau tahu jawapannya, kau sakit. Bercerai-berai jadinya untuk ujian kesetiaan yang bernilai ribuan ringgit tetapi sebenarnya duit yang dijanjikan tidak pernah ada.

Oleh Nor Zabetha

Saya di tag berkenaan video prank Eksperimen Gold Digger oleh sekumpulan pemuda Youtubers di Malaysia. Dalam video…

Posted by Nor Zabetha on Wednesday, 22 July 2020

Sumber: Nor Zabetha

The post Hati-Hati, Budaya ‘Prank’ Isteri Boleh Rosakkan Rumah Tangga – Peguam appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments