DIY Rak Mainan Anak, Modal Cuma RM29 Tapi Hasil Sama Macam Rak Mahal

 

Kalau tengok di gedung perabot terkenal, ataupun di laman web membeli belah popular harga rak mainan macam ni boleh mencecah RM199. Agak mahal.

Tapi bagi yang ada anak kecil penuh dengan koleksi mainan, rak macam ni penting untuk pastikan barang mainan anak tak bersepah. Lagi pun rekaannya pun cantik, barulah ada stail sikit.

Kalau teringin juga tapi mahu jimatkan kos, apa kata kita DIY saja. Boleh ikut idea perkongsi Nurul Ain Anises. Modalnya cuma RM29 untuk beli rak dan kayu. Jauh beza dengan harga di kedai.

Bahan diperlukan:

9 bakul – RM18
3 batang kayu – RM11

  • Bakul beli di kedai biasa, kayu pula di hardware.

Langkah membuat:

1. Ukur kayu untuk dijadikan rangka ikut saiz bakul.

2. Potong kayu dan paku untuk sambung menjadi rangka bagi letak bakul.

3. Dah siap! Boleh cat untuk nampak cantik dan kemas.

Ajar anak supaya lepas main wajib letak barang di tempat mainan ini supaya tak berselerak.

Boleh atur bakul macam ini juga, kalau nak letak di dapur tempat simpan barang.

Ini idea asal tapi harga bakul ini bermula dari RM99-RM199

Selamat mencuba!

Sumber: Nurul Ain Anises

 

The post DIY Rak Mainan Anak, Modal Cuma RM29 Tapi Hasil Sama Macam Rak Mahal appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments