Dipercayai Dipukul, Diikat Dalam Beg Plastik Dan Dibuang Ke Sungai, Seekor Anjing Malang Berjaya Diselamatkan

Seekor anjing jenis Spanish Sightound yang dilaporkan dipukul, diikat dalam beg plastik seterusnya dibuang ke dalam sungai dikatakan selamat selepas dipercayai berjaya mengeluarkan hidungnya pada beg plastik itu untuk bernafas.

Ketika ditemui oleh dua orang penunggang basikal di kawasan yang dikenali sebagai Gil Gomez de Arahal, Seville pada 30 Jun lalu, terdapat tiga anjing baka yang sama di dalam beg plastik berkenaan.

Olga Diana, presiden Persatuan Perlindungan Haiwan El Amparo del Sur, menyatakan bahawa dia terus bergegas ke tempat kejadian dengan keretanya setelah dihubungi oleh penunggang basikal berkenaan.

Menurutnya, penunggang basikal terbabit “telah ternampak ada hidung yang terkeluar daripada salah satu beg plastik tersebut dan apabila beg itu dibuka, anjing berkenaan terus melarikan diri tetapi ianya datang kembali tidak lama kemudian”.

Olga menyatakan bahawa sukarelawan dari persatuan itu telah pergi ke tempat kejadian dan menghubungi pihak polis selepas mereka menemui ketiga-tiga anjing yang semuanya mempunyai mikrocip dan merupakan bertuan.

Spanish Civil Guard dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa ketiga-tiga anjing itu telah dipukul dan diletakkan di dalam beg yang kemudiannya diikat menggunakan tali.

Anjing-anjing itu seterusnya telah dibuang ke dalam sungai dan hanya seekor sahaja daripada itu terselamat selepas berjaya mengeluarkan hidungnya dari beg tersebut bagi bernafas.

Dalam video tersebut, sukarelawan dapat dilihat memeriksa kecederaan anjing itu sementara bungkusan yang mengandungi anjing lain pula dikeluarkan dari sungai berkenaan.

Bangkai anjing tersebut dipercayai telah dimasukkan ke dalam beg terbabit dengan luka yang jelas kelihatan pada kepala anjing berkenaan.

Civil Guard mengesahkan bahawa seorang lelaki berusia 60 tahun yang tingggal di bandar Arahal sedang disiasat sebagai suspek kes tersebut.

Pemilik anjing itu telah diminta untuk memberikan kenyataan kepada pihak polis berhubung insiden tersebut.

Anjing yang terselamat itu kemudiannya telah dibawa ke klinik veterinar Moron de la Frontera di mana doktor telah haiwan mendapati bahawa anjing tersebut kecederaan yang serius di kepala dipercayai kerana dipukul, kecederaan pada kakinya dan kecederaan selanjutnya pada hidung.

Sumber: Daily Mail

The post Dipercayai Dipukul, Diikat Dalam Beg Plastik Dan Dibuang Ke Sungai, Seekor Anjing Malang Berjaya Diselamatkan appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments