‘Captain America’ Akan Kirimkan Perisai Kepada Budak Yang Selamatkan Adiknya Dari Serangan Anjing

Bintang filem Hollywood yang terkenal sebagai ‘Captain America’ bakal menghadiahkan sebuah perisai kepada seorang budak lelaki yang menyelamatkan adik perempuannya dari serangan anjing.

Chris Evans telah mengirim satu mesej dalam video yang dirakamnya kepada Bridger Walker, 6, yang menyelamatkan adiknya itu dari serangan anjing berkenaan. Walker mengalami cedera yang agak parah sehingga memerlukan pembedahan selama dua jam dan 90 jahitan di wajahnya.

“Captain America disini, saya ada cerita tentang awak, saya nampak apa yang awak buat dan saya pasti awak dah banyak kali dengar pasal ni sejak beberapa hari ini, namun biar saya jadi yang seterusnya untuk beritahu awak, kawan, awak seorang wira, apa yang awak buat tu adalah sangat berani, sangat tidak mementingkan diri sendiri, adik awak sangat bertuah kerana memiliki abang seperti awak. Ibu bapa awak pasti sangat berbangga dengan awak,” ujar Evans dalam video yang dikongsikan di akaun Instagram makcik Walker.

“Saya akan cari alamat awak dan saya akan kirimkan perisai Captain America yang asli kerana awak tahu kenapa kawan? Awak layak untuk mendapatnya”, katanya lagi.

View this post on Instagram

There are no words. We are so, so thankful.

A post shared by Nikki Walker (@nicolenoelwalker) on

Ketika ayah Walker bertanya kepadanya tentang mengapa dia sanggup melindungi dan berhadapan dengan anjing itu bagi menyelamatkan adiknya, dia menyatakan bahawa “jika salah seorang daripada kami harus mati, saya rasa sayalah yang sepatutnya,” menurut kenyataan daripada keluarga yang diperoleh CNN.

Selain daripada bintang filem ‘Avengers’, budak lelaki itu juga berjaya menarik perhatian pelakon Hollywood, Anne Hathaway.

“Saya bukan ahli Avenger, tapi saya tahu seseorang itu adalah adiwira sejurus selepas saya melihatnya,” tulis Hathaway pada akaun Instagramnya bersama dengan foto Bridger dan adiknya. “Saya hanya boleh berharap yang saya ada keberanian seperti awak awak dalam hidup saya, Bridger. Semoga awak cepat sembuh saya ucapkan. Hey @markruffalo (Hulk), awak perlukan rakan pasukan tak?”

Keluarga tersebut menyatakan bahawa bintang hollywood yang rata-ratanya terdiri daripada pelakon filem superhero Avengers adalah antara yang menghubungi kanak-kanak itu untuk memberi kata semangat.

Bukan itu sahaja, tindakan berani budak lelaki ini juga turut mendapat pengiktirafan daripada World Boxing Council.

World Boxing Council telah menganugerahkan gelaran WBC Honorary Champion kerana berjaya memaparkan nilai kemanusiaan yang tinggi atas tindakannya itu.

World Boxing Council juga dilaporkan akan memberikan tali pinggang gelaran tersebut kepadanya.

Sumber: CNN

The post ‘Captain America’ Akan Kirimkan Perisai Kepada Budak Yang Selamatkan Adiknya Dari Serangan Anjing appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments