Baru Mula Online Bisnes & Nak Tahu Macam Mana Nak Pos Banyak Barang Sekaligus Dengan Mudah? Begini Caranya

poslaju sendparcel

Semasa dalam tempoh PKP ni, pasti ramai antara kita yang putus mata pencarian kan? Mungkin ada yang dibuang kerja, diberi cuti tanpa gaji dan ada syarikat yang terpaksa ditutup.

Ramai yang nak buat bisnes online, tapi bukannya senang. Banyak benda perlu diambil kira seperti masalah nak uruskan penghantaran, nak bahagi masa untuk berniaga dan keluarga lagi…. Pening kan?

Kalau korang tengah nak plan ataupun memang dah buat bisnes online, jom kami kongsi sikit solution terbaik untuk selesaikan masalah korang ni.

Sekarang dah tak payah pening kepala nak uruskan penghantaran barang kepada pelanggan, tak payah nak susah payah redah traffic jam atau cari pengangkutan ke pejabat pos dan tak perlu lagi nak tulis nota konsainan secara manual.

Bayangkanlah, bila bisnes korang dah makin maju dan barang makin banyak, larat ke nak tulis kalau barang korang dah beratus-ratus satu hari?

Nak tahu macam mana?

Jawapannya, gunakan Pos Laju SendParcel.

Nak guna Pos Laju SendParcel ni senang je. Tak perlu nak submit dokumen atau deposit pendahuluan. Tak kisahlah nak hantar barang dalam Malaysia ataupun ke luar negara. Janji ada internet dengan printer, semuanya settle. Pakai Pos Malaysia Mobile App pun boleh!

Sebut pasal harga, sekarang dengan Pakej Prihatin, kos penghantaran cuma RM5 untuk berat 1kg. Harga ni memang terbaik untuk korang yang baru nak mulakan bisnes.

Tapi kalau korang ada banyak barang nak hantar, atau berat lebih 1kg, ada juga pakej RM5 untuk berat sehingga 5kg. Cuma kena top up lebih sikit sebanyak RM1,000. Tapi, memang jimat dan berbaloi.

Jangan risau kalau ada order banyak, korang guna je opsyen “bulk upload”. Key-in semua data pelanggan menggunakan Excel sheet yang boleh dimuat turun, upload semula yang dah lengkap, terus print.

Korang boleh buat sehingga 100 nota konsainan pada satu masa. Bila dah jimat masa sebab tak perlu nak tulis tangan lagi, bolehlah luangkan masa dengan keluarga atau lepak dengan kawan-kawan.

Dengan SendParcel, korang boleh pilih untuk Abang Pos Laju datang pick up di rumah atau pejabat secara percuma.

Tapi kalau nak cepat, boleh je drop-off barang korang kat mana-mana pejabat pos, cawagan Pos Laju dan parcel locker EziBox. Ataupun, korang boleh pergi ke 7 Eleven terpilih.

Kalau nak insuranskan barang yang dihantar pun boleh. Insurans ni penting sebab korang boleh dapat pampasan atau ganti rugi mengikut nilai barang yang dihantar kalau berlaku kerosakan atau kehilangan pada barang tersebut.

Dengan SendParcel, insurans yang perlu dibayar hanya RM1 untuk satu barang dengan nilai perlindungan insurans sehingga RM1,000.

Banyak lagi faedah dengan SendParcel ni. Bila korang dah daftar, boleh dapat kredit RM10 secara percuma. Ada pakej yang dapat bonus kredit sehingga RM600 dan plastik flyers sehingga 2,500 unit dalam pelbagai saiz. Semuanya percuma! Yang penting, pilih pakej yang bersesuaian dengan saiz bisnes korang.

Untuk peniaga online yang guna ejen dan dropship, SendParcel ni pun dah ada integrasi dengan vendor seperti BizApp, Shopify dan Squarelet bagi memudahkan peniaga online buat urusan penghantaran dan check status penghantaran pelanggan melalui SendParcel.

Banyak kelebihan SendParcel ni kan? Macam mana nak daftar?
Daftar sekarang di sendparcel.poslaju.com.my atau di Pos Malaysia Mobile App. Informasi lebih lanjut, boleh lihat video di sini :



The post Baru Mula Online Bisnes & Nak Tahu Macam Mana Nak Pos Banyak Barang Sekaligus Dengan Mudah? Begini Caranya appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments