Bapa ‘Youtuber’ Terkenal Malaysia Sofyank96 Meninggal Dunia, Minta Warganet Sedekahkan Al-Fatihah

Bapa kepada Youtuber terkenal Malaysia Sofyank96 dilaporkan telah meninggal dunia sebentar tadi.

Menerusi perkongsian melalui akaun Twitter peribadinya, bapanya yang bernama Abdullah bin Mohamed telah kembali ke rahmatullah pada hari ini.

‘Youtuber’ yang pernah mengharumkan nama negara di mata dunia itu turut meminta supaya warganet sedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada arwah ayahnya itu.

Menurutnya, jenazah arwah ayahnya akan disolatkan di Masjid Wakaf Bharu selepas solat Isyak dan akan dikebumikan di tanah perkuburan yang terletak bersebelahan dengan Masjid Al Amin, Wakaf Bharu.

Salam takziah diucapkan kepada keluarga arwah. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Sofian sebelum ini terkenal dengan pelbagai koleksi video suntingannya yang mendapat perhatian warganet dan juga turut meraih perhatian artis antarabangsa, Will Smith.

Sumber: @sofyank96

The post Bapa ‘Youtuber’ Terkenal Malaysia Sofyank96 Meninggal Dunia, Minta Warganet Sedekahkan Al-Fatihah appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments