Anwar Tgh Semangat Ckp Pasal ‘Katak’. Tiba2 Azeez Bangun Dan Petik Nama Tun M, Terkedu Anwar

Masuk hari kedua persidangan dewan rakyat masih dihiasi dengan suasana hangat apabila ahli parlimen saling berdebat dan berbahas.

Ketua Pembngkang Anwar Ibrahim membangkitkan isu pengkhi4natan di dalam gabungan partinya sendiri, Pakatan Harapan (PH) di Dewan Rakyat hari ini.

Presiden PKR itu menyifatkan golongan yang berpaling tadah daripada PH sebagai “katak” kerana tidak tetap pendirian dengan membentuk kerajaan baru Perikatan Nasional.

” Soal pengkhi4natan kita pertikai. Memang benar pengkhi4nat. Tiga hari sebelum tu di hadapan saya bertepuk meja, berpekik, terlolong nak pertahankan Langkawi mati-matian sampai habis penggal.

” Tiga lepas tu lompat macam katak. Jadi itu yang kita sebut soal pengkhi4natan. Jadi yang lain tak bersangkutan janganlah marah sangat,” katanya dalam sesi usul menjunjung kasih dan perbahasan titah diraja.

Ini merupakan perbahasan pertama Anwar di Dewan Rakyat selepas kerajaan PH runtuh penghujung Februari lalu, yang menyaksikan pertukaran kerajaan selepas 22 bulan gabungan itu mentadbir negara.

Kerajaan PN pula terdiri daripada Bersatu, BN, PAS, GPS, PBS, Star dan kumpulan bekas timbalan presiden PKR Azmin Ali.
Bagaimanapun, Anwar pada hari ini menekankan beliau tidak mempertikaikan kuasa Yang di-Pertuan Agong melantik perdana menteri tetapi menimbulkan isu mandat kepada parti dan bukan ahli parlimen.

” Yang kita pertikaikan ini ialah peraturan dan etika politik. Kita pertikaikan memang ada umpamanya bahawa memang ada mandat.

” Mandat itu bukan ada pada ahli parlimen perseorangan. Mandat itu ada pada parti. Parti dengan janji yang jelas dalam pilihan raya dan janji itu adalah beri kemenangan kepada PH,” katanya.

Noh Omar (Umno-Tanjong Karang) kemudian tampil mencelah ahli parlimen Port Dickson itu. Noh mempertikaikan Anwar, menyoal kenapa ketika proses ahli parlimen menghadap Agong di Istana Negara sebelum ini, mereka melihat dua calon dari PH – bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan Anwar.

” Siapa yang pengkh1anat siapa ni? Port Dickson (Anwar) kh1anat Langkawi (Mahathir) ke atau Langkawi kh1anat Port Dickson?,” soal Noh.

Ahli parlimen PH, RSN Rayer (D P-Jelutong), Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR-Kapar) dan Akmal Nasir (PKR-Johor Bharu) bagaimanapun bersuara dan meminta Noh berhenti mencelah.

Noh tidak mengendahkan gesaan tersebut dan bertanya sekiranya Anwar bersetuju bahawa dalam PH ada yang mengkh1anati antara satu sama lain.

” Saya tak persoal itu, saya persoal proses. Saya sebut secara specifik (khusus) orang yang kh1anat kami. Yang saudara nak terasa kenapa?,” jawab Anwar.

Abdul Azeez mencelah, petik nama Mahathir

Jawapannya itu kemudian dicelah oleh Abdul Azeez Abdul Rahim (Umno-Baling) yang bertanya kepada Anwar sama ada beliau setuju apa yang berlaku terhadap PH merupakan angkara Mahathir.

” Apa pun yang berhormat hujah, kami tahu. Adakah yang berhormat setuju ini semua angkara yang berhormat Langkawi,” soal ahli parlimen Baling itu.

Bagaimanapun, Anwar enggan menjawab secara terus soalan tersebut dan sebaliknya berkata beliau mahu melihat ke hadapan dan melihat perubahan untuk negara ini.

” Jangan gaduh soal sejarah. Sejarah saya ini penuh derita puluhan tahun. Jadi tak payah bincang. Tak ada orang di Malaysia ini yang lalui begitu jadi sabar sajalah,” katanya.

Sumber : limauais

The post Anwar Tgh Semangat Ckp Pasal ‘Katak’. Tiba2 Azeez Bangun Dan Petik Nama Tun M, Terkedu Anwar appeared first on News Viral.




Post a Comment

0 Comments