Anggota Polis Di Sempadan Akan Ditukar Sebulan Sekali – Ketua Polis Negara

Anggota polis yang ditugaskan berkawal di sempadan negara akan ditukar sebulan sekali.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, keputusan tersebut bertujuan bagi mengelakkan mereka terlibat menjadi tekong dalam penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman, hari ini.

Selain itu, tegasnya lagi, individu yang terlibat dalam kegiatan seludup pendatang tanpa izin adalah pengkhianat negara.

Anggota polis di sempadan negara akan ditukar sebulan sekali elak jadi tekong seludup pendatang tanpa izin – Ketua Polis Negara

Posted by Bernama TV on Friday, July 10, 2020

[LIVE] SIDANG MEDIA KETUA POLIS NEGARAKini sedang berlangsungnya Sidang Media Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador di Dewan Theatrette, Menara 1, Bukit Aman.#PolisDirajaMalaysia#RoyalMalaysiaPolice#PDRM#RMP#10072020

Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Friday, July 10, 2020

Sumber: PDRM, BERNAMA TV

The post Anggota Polis Di Sempadan Akan Ditukar Sebulan Sekali – Ketua Polis Negara appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments