Akhirnya Youtuber Gelisah Lihat Suami Dig4ri Dan Minta Sesuatu Dari Pengurusnya

Seorang Pengurus yang juga saudara kepada Youtuber masakan popular ini memohon pasangan terbabit diberi masa untuk berehat dan menyelesaikan masalah peribadi dihadapi mereka.

Dia yang tidak mahu nama disiarkan berkata pasangan itu juga tidak akan muncul dalam sebarang program beberapa minggu ini.

“Mereka juga mungkin tidak akan muncul dalam sebarang program dalam tempoh beberapa minggu ini,” katanya yang memohon namanya tidak disiarkan ketika ditemui media di perkarangan mahkamah.

Sementara itu Youtuber wanita berusia 28 tahun itu yang turut berada di Mahkamah Majistret Ipoh pagi tadi, kelihatan gelisah dan tidak selesa ketika menyaksikan suaminya dibawa polis dalam keadaan digari dan berpakaian lokap.

Ketika dihampiri media di perkarangan mahkamah, wanita itu enggan memberi sebarang kenyataan, sebaliknya masuk menunggu di dalam sebuah kereta dipandu seorang wanita yang juga saudaranya.

Dalam perkembangan lain suami wanita tersebut kini berdepan siasatan polis berhubung pender4an dan pemilikan bahan kakisan susulan laporan polis yang dibuat oleh isterinya dan petugas Hospital Raja Permaisuri Bainun Hospital (HRPB) Ipoh.

Suami Youtuber terbabit yang juga bekas buruh estet di Sungai Siput, ditahan polis petang semalam selepas dia dikesan membawa senj4ta b4haya dalam keadaan m4buk di Hospital Raja Perempuan Bainun.

Susulan kejadian itu juga, tiga laporan polis dibuat terhadap lelaki terbabit di Balai Polis Sungai Senam, Ipoh, malam tadi.

Lelaki terbabit kini berdepan siasatan memiliki senj4ta berb4haya mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan Letup4n Senj4ta Berjadual, selain mengikut Seksyen 326 dan 506 Kanun Keseks4an.

Sumber : gempak

The post Akhirnya Youtuber Gelisah Lihat Suami Dig4ri Dan Minta Sesuatu Dari Pengurusnya appeared first on News Viral.




Post a Comment

0 Comments